fbpx
Now Reading
Pelanggan Di Thailand Beli Motosikal RM12,506 Guna Duit Syiling, Kedai Ambil Masa 20 Minit Untuk Kira
Beli motosikal guna duit syiling

Pelanggan Di Thailand Beli Motosikal RM12,506 Guna Duit Syiling, Kedai Ambil Masa 20 Minit Untuk Kira

Menurutnya, demi memiliki motosikal tersebut pelanggan itu telah menyimpan wangnya setiap hari untuk dibayar secara tunai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelanggan telah membuatkan pekerja di sebuah kedai motosikal di wilayah Chin Buri, timur Thailand terkejut apabila membayar 102,500 baht (RM12,506) dengan menggunakan duit syiling untuk membeli sebuah motor baharu.

Memetik laporan Thaiger, perkara itu telah dimuat naik oleh Akhom Charoen Honda Motorcycles Chon Buri di laman Facebook yang memaparkan situasi kakitangan kedai tersebut sedang mengira syiling berkenaan.

Simpan duit setiap hari nak beli motor secara tunai

“Cuba teka berapakah duit syling yang ada. Pelanggan memberitahu saya dia menyimpan wang setiap hari untuk membeli PCX160 secara tunai!

“Kami bangga dan seronok mengira duit syiling tersebut,” katanya.

Terima panggilan sebelum pelanggan datang beli

Menurut seorang pekerja, Suwanna dia memaklumkan telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pelanggan yang bertanya adakah boleh sekiranya dia mahu membayar dengan syiling.

Sebaik sahaja menjawab boleh, pelanggan itu kemudian telah hadir ke kedai dan memilih untuk membeli motosikal model Honda PCX160.

Ambil masa 20 minit kira duit syiling

Pekerja di kedai tersebut kemudiannya terpaksa mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk mengira syilik berkenaan.

Tugas mereka bagaimanapun agak mudah kerana pelanggan tersebut sebelum itu sudah pun mengasingkannya ke dalam longgokan 100 baht.

Malah kedai ini turut tidak mengenakan apa-apa caj tambahan bagi mengira duit syiling tersebut.

Jelas Suwanna, sebelum ini seorang pelanggan telah membayar wang muka sebanyak 1,500 baht (RM183) dengan menggunakan duit syiling, tetapi bukan membayarnya secara total.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.