fbpx
Now Reading
Bajet 2023: Inisiatif Pas Bulanan My50 Akan Diteruskan

Bajet 2023: Inisiatif Pas Bulanan My50 Akan Diteruskan

“Inisiatif My50 mensubsidi pengguna sehingga 150 ringgit sebulan atau 1,800 ringgit setahun,” – Tengku Zafrul

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Inisfiatif Pas Bulanan MY50 untuk pengguna menggunakan perkhidmatan awam di Lembah Klang akan diteruskan oleh kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat sebentar tadi (7 Oktober) berkata, insiatif My50 itu akan memanfaatkan 180,000 warga Lembah Klang untuk ke tempat kerja.

Jelas beliau secara purata warga Lembah Klang akan membelanjakan RM200 sebulan untuk menampung kos perjalanan itu.

“Kerajaan akan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk manfaat hampir 180 ribu pengguna.

“Ini bermakna, My50 sebenarnya mensubsidi pengguna sehingga 150 ringgit sebulan atau 1,800 ringgit setahun,” kata beliau.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.