fbpx
Now Reading
“Vila Kami Dipecah Masuk” -Pengantin Baru Kecewa, Bulan Madu Di Bali Jadi Pengalaman Pahit [Video]
dirompak ketika berebulan madu

“Vila Kami Dipecah Masuk” -Pengantin Baru Kecewa, Bulan Madu Di Bali Jadi Pengalaman Pahit [Video]

Pasangan ini bagaimanapun, bersyukur kerana insiden kecurian itu tidak menyebabkan barangan peribadi yang penting tidak dicuri oleh individu tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berbulan madu merupakan salah satu momen paling manis buat setiap pasangan yang berkahwin.

Oleh itu, pasangan yang berkahwin pasti akan memilih tempat-tempat yang cantik untuk mencipta kenangan bersama yang tercinta.

Antara lokasi yang sering menjadi pilihan segelintir pasangan berbulan madu sudah tentulah di pantai. Ini kerana, udara yang nyaman serta pemandangan laut yang cantik dapat memutikkan lagi rasa cinta bersama pasangan anda.

Cerita pengalaman buruk ketika berbulan madu

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dimuat naik oleh @fatinsealsthedhil, yang menceritakan tentang pengalaman buruk ketika berbulan madu di Bali, Indonesia.

Menerusi video tersebut, pasangan yang dipercayai dari Singapura ini, menunjukkan suasana di sekitar vila yang disewanya di Canggu, Bali.

Katanya, insiden rompakan itu berlaku pada malam pertama mereka di vila tersebut, dan hanya menyedari perkara tersebut ketika keesokan harinya ketika hendak mandi.

Rakaman CCTV tunjuk individu panjat vila

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang individu telah memanjat vila tersebut pada jam 5 pagi.

Suami Fatin turut menunjukkan bagaimanakah cara individu tersebut menyelinap masuk ke dalam villa mereka.

“Ia berlaku semasa malam pertama kami di vila itu. Kami menyedari perkara tersebut apabila hendak mandi pada pagi keesokkan harinya (hari ke-2).

“CCTV menunjukkan seorang individu memanjat masuk pada jam 5 pagi,” kata Fatin.

Curi barang mandian, alat solek dan jam peribadi

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, dia kemudian menunjukkan bilik air yang dimasuki oleh individu tersebut dan mendakwa mencuri barang mandian termasuk alat solek milik Fatin.

Jelasnya, mereka kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan vila. Namun semakan pada CCTV pada awalnya tidak menjumpai bukti vila telah di pecah masuk.

“Fadhil (suami Fatin) buat keputusan nak semak sendiri dan berjaya menjumpai detik waktu yang tepat menunjukkan individu tersebut telah masuk ke vila tersebut.

“Jam tangan Apple dan juga ‘speaker’ vila tersebut turut diambil oleh individu berkenaan. Kami bersyukur barang peribadi seperti walet, telefon bimbit dan pasport selamat dengan kami,” katanya lagi.

Buat laporan polis, individu telah berjaya di berkas

Pasangan itu kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama ditemani pengurus dan kakitangan dari vila tersebut.

Katanya lagi, pada hari terakhir mereka di Bali, pengurus vila tersebut memaklumkan bahawa individu terlibat telah berjaya diberkas polis pasangan ini boleh mengambil semula barangan peribadi mereka.

Mereka kemudian pergi semula ke balai polis untuk memastikan barangan tersebut tetapi malangnya tidak dapat mengambilnya semula kerana akan digunakan untuk melakukan siasatan lanjut.

Polis maklum barangan boleh diambil selepas 3 bulan penyiasatan dilakukan

Polis memaklumkan mereka boleh mengambil barang tersebut selepas 3 bulan penyiasatan dilakukan.

“Kami dapat kebenaran untuk berjumpa dengan individu tersebut,” jelas Fatin lagi.

Menerusi ruangan kapyen, Fatin memaklumkan dia bersyukur kerana individu itu tidak naik ke bilik tidur sewaktu mereka sedang tidur.

Melihat di ruangan komen, ramai yang meminta Fatin untuk menyatakan nama vila tersebut dan ada juga yang memberitahu ini adalah sebab mengapa mereka lebih memilih untuk menginap di hotel berbanding di vila.

@fatinsealsthedhil

We were lucky because only my apple watch, some toiletries & slippers were stolen. Thankfully the culprit did not go up to second floor while we were sleeping. Villa compensated us by waiving the cost of our stay. & even provided free meals & transportation to the airport. Also thankful for the police in Bali for working swiftly to get our stuff back. Despite the incident, we enjoyed Bali very much! #balitok #tiktoksg #canggu

♬ Epic Music(842228) – Pavel

“Ini adalah sebab kenapa saya pilih hotel”

“Bukan pertama kali saya dengar”

“Nasib baik anda semua tidak tercedera”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.