fbpx
Now Reading
Kereta Proton Suprima S ‘Widebody’ Dipilih Sebagai Finalis Hot Wheels Legends Tour 2022

Kereta Proton Suprima S ‘Widebody’ Dipilih Sebagai Finalis Hot Wheels Legends Tour 2022

Menurut Hot Wheels, setiap kereta yang menang akan dijadikan kereta mainan die-cast Hot Wheels dalam skala 1:64.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, sudah pasti ada ramai penggemar kereta mainan jenama Hot Wheels untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi mereka.

Namun kebanyakan kereta yang dipasarkan oleh jenama itu adalah model antarabangsa yang sudah pun dikenali di dunia.

Tetapi kali ini, para peminat tanah air mungkin mempunyai peluang untuk melihat Hot Wheels mencipta kereta mainan dari salah sebuah jenama kenderaan Malaysia.

Proton Suprima S ‘widebody’ masuk pusingan akhir

Hal ini susulan tular di media sosial apabila sebuah Proton Suprima S ‘widebody’ rekaan William Chong telah disenarai pendek sebagai finalis dalam pertandingan Hot Wheels Legends Tour 2022.

Menurut Hot Wheels, daripada 24 finalis yang dipilih dari rantau Asia Pasifik, Amerika Latin, Eropah dan Amerika Utara, hanya empat buah kereta sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang.

Kereta yang menang akan dijadikan kereta mainan die-cast Hot Wheels

Apa yang lebih menarik, setiap kereta yang menang ini akan dijadikan kereta mainan die-cast Hot Wheels dalam skala 1:64.

Penentuan pemenang tidak ditentukan oleh barisan juri, tetapi para peminat di seluruh dunia mempunyai peluang untuk memilih kereta kegemaran mereka dengan cara mengundi menerusi Instagram Story @hotwheelsofficial.

Foto: Instagram/hotwheelsofficial

Ayuh rakyat Malaysia! undi bersama

Jangan hanya melihat, ayuh rakyat Malaysia gunakan peluang yang ada ini untuk memberi undian yang banyak buat Proton Suprima S agar menjadi pemenang bagi Hot Wheels Legends Tour 2022.

Menurut info engear.tv, hasil rekaan William Chong ini baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Hot Wheels Legends Tour Malaysia pada September lalu.

Foto: engear.tv

Spesifikasi Proton Suprima S

Suprima S ini di datangkan dengan ‘widebody’ kit kustom yang dipadankan dengan bonet karbon, cermin sisi ala F1 dan rim Rays CE28N berukuran 18 inci serta mempunyai lubang intake karbon yang direka secara kustom pada lampu depan kanan.

Foto: engear.tv

Selain itu, Enjin asal 1.6 turbo CFE juga telah diubahsuai dengan Race Chip yang mampu meningkatkan lagi kuasa (horsepower) dan penapis udara sistem ekzos kustom dengan sistem ‘catback’ dari Golf GTI Mk6 serta radiator aluminium SARD.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.