fbpx
Now Reading
Pemandu Tak Sempat Brek, Treler Dipandu Laju Rempuh 2 Kereta Di Lorong Kanan [Video]

Pemandu Tak Sempat Brek, Treler Dipandu Laju Rempuh 2 Kereta Di Lorong Kanan [Video]

Tindakan pemandu treler itu yang memandu secara laju menerima kecaman orang ramai di media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1587241365414744064?s=20&t=jHuqgd3U1lRbkIb-yR0t2g

Sejak kebelakangan ini, kemalangan melibatkan kenderaan berat seperi lori dan treler kerap berlaku terutamanya di kawasan lebuh raya.

Lebih parah, sebahagian kemalangan ini menyebabkan pemandu tidak bersalah yang turut terlibat menjadi mangsa korban.

Hal ini menyebabkan segilintir pemandu menjadi semakin peka dengan keadaan di sekelilingnya ketika memandu agar kejadian seumpama tidak berlaku.

Kes pengguna jalan raya mengelak dari dirempuh oleh treler

Begitulah yang terjadi apabila tular di media sosial kepantasan seorang pemandu mengelak daripada dirempuh treler di belakannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook Alvin Chew, pemilik dashcam itu berkata dia sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling dan juga bunyi semasa memandu.

Foto: Facebook/Alvin Chew

Namun malangnya, pemandu treler tersebut gagal berhenti menyebabkan dia merempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

Rempuhan yang kuat itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire yang berada di hadapannya.

Pemandu Treler dikecam, memandu secara laju

Video tular itu turut dikongsikan di laman Twitter di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu treler itu yang memandu secara laju.

“Yang bawa lori laju ni, otak letak kat mana?” – Netizen

Had laju kenderaan berat di lebuh raya

Untuk info, di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, had laju bagi kenderaan berat seperti lori atau treler di lebuh raya hanyalah pada kelajuan 80 hingga 90km sejam.

Manakala peraturan yang ditetapkan oleh pihak lebuh raya juga menetapkan agar kenderaan berat sentiasa berada di lorong kiri serta dilarang memotong. Malangnya masih ada pemandu yang mengingkari peraturan ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.