fbpx
Now Reading
Tindakan Tak Letak Kon Ketika Selenggara Lebuh Raya Buat Ramai Berang [Video]
Kontraktor tak letak kon atau papan tanda ketika selenggara jalan raya

Tindakan Tak Letak Kon Ketika Selenggara Lebuh Raya Buat Ramai Berang [Video]

Menerusi video tular, kelihatan pemandu berkenaan terpaksa menukar lorong ke bahagian kiri sebaik sahaja melihat lori yang berhenti di tengah-tengah jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika memandu di lebuh raya adakalanya kita akan lihat beberapa lorong yang ditutup dan papan tanda amaran serta kon akan diletakkan di atas jalan raya ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

Hal ini kerana, kon dan papan tanda tersebut adalah salah satu inisiatif untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika memandu di kawasan itu.

Terpaksa tukar lorong kerana lori berhenti di tengah-tengah jalan

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh Ahmad Shahir Arif dalam laman grup Facebook Dashcam Owners Malaysia memaparkan kereta yang dipandu terpaksa bertukar ke lorong lain apabila terdapat lori berhenti di tengah-tengah jalan.

Menerusi video tular, kelihatan pada awal kenderaan yang dipandunya berada di lorong kanan namun dia segera menukar ke laluan sebelah kiri sebaik sahaja melihat lori kontraktor sedang berhenti untuk membaiki jalan.

Tak letak kon atau papan tanda amaran

Apa yang menarik perhatian ramai, lori kontraktor itu tidak meletakkan kon atau papan tanda amaran di beberapa ratus meter sebelum kawasan tersebut untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai penyelenggaraan yang sedang dilakukan.

“Jika tidak alert siang tadi, mungkin arwah, mungkin kurang upaya sepanjang hayat atau mungkin kena kecam siapa suruh bawa lebih 110 kilometer.

“Area Johor ke Melaka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Malah, pemandu itu turut memberikan satu lagi video di dalam komen menunjukkan pandangan kamera dari arah belakang yang jelas memaparkan beberapa individu sedang melakukan kerja baik pulih.

Lampu dibuka tak terang dan hanya dapat dilihat dari jarak dekat

Dalam ruangan komen, Ahmad Shahir turut ditanya adakah lori kontraktor berkenaan tidak menyalakan lampu amaran?

Dia kemudian memaklumkan lampu tersebut dibuka namun tidak beberapa terang dan hanya dapat dilihat pada jarak yang dekat.

Dia juga turut memaklumkan terdapat individu yang mengibar bendera untuk menukar laluan namun ia hanya dikibar dari dalam lori sahaja.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai pengguna jalan raya marah dan menyatakan apa yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan membahayakan nyawa pengguna lebuh raya tersebut.

‘Bahaya sungguh’

‘Macam ni SOP kerja.. seram! Dah lah laluan tu lane memotong atau laju..’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.