fbpx
Now Reading
Peniaga Murtabak Reda Anak Pecah & Mandi Lebih 100 Biji Telur Buat Ramai Terhibur [Video]
Kanak-kanak mandi telur undang ketawa ramai

Peniaga Murtabak Reda Anak Pecah & Mandi Lebih 100 Biji Telur Buat Ramai Terhibur [Video]

Rais turut memaklumkan semasa si kecil sedang sibuk bermain pesta telur, dia turut disertai oleh abang dan kakaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjaga anak kecil yang berumur dalam lingkungan satu tahun hingga enam tahun bukanlah suatu perkara yang mudah.

Malah ketika di peringkat usia ini mereka sedang mengalami fasa yang lasak dan sibuk untuk menerokai dunia mereka.

Oleh itu, pelbagai ragam dan gelagat mereka yang membuatkan ibu bapa terhibur namun adakalanya ia turut menguji kesabaran.

Gelagat anak kecil undang perhatian ramai

Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang bapa yang terpaksa bersabar apabila melihat gelagat anak kecilnya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @rais_murtabak_kadok yang juga seorang peniaga murtabak, kelihatan anak kecinyal sedang sibuk bermain telur.

Anak kecil basah mandi telur

Apa yang lebih menarik perhatian apabila si kecil yang begitu gembira bermain walhal badan dan rambutnya penuh dilumuri cecair isi telur membuatkan si bapa terpaksa reda dengan keadaan tersebut.

“Anak oh anak… sabar jelah telur dah jadi bubur,” tulisnya di kapsyen.

@rais_murtabak_kadok anak oh anak…sabar jela…telur dah jadi bubur#CapCut #usahawanmuda #abgmurtabakkadok #fyp ♬ bunyi asal – Rais_Murtabak_Kadok

Lebih dari 100 biji telur pecah

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, si bapa turut memaklumkan bahawa lebih dari 100 biji telur dipecahkan dan ‘pesta’ itu turut disertai oleh abang dan kakak si kecil.

“Si kakak dan abang pun join sekali pula tu… 100 biji lebih telur pecah,” katanya sambil ketawa.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keletah comel kanak-kanak itu dan menyatakan ibu bapa mereka pasti mahu marah tetapi terpaksa bersabar.

@rais_murtabak_kadok

ya allah xtahu smpi FPY video satu lagi..hahaha..ni full video..si kakak dan abg pn join sekali lak tu..100 biji lebih telur….haha#CapCut #abgmurtabakkadok #usahawanmuda #anak2ku #sabar #pedih #menangis #suka #ketawa

♬ original sound – ælya – ælya

‘Anak oh anak tak tahu nak nangis ke ketawa ke tapi memang nak marah pun entah lah nak oii’

‘Nak marah tapi kena sabar’

‘Telur mahal dik oi.. hanyir satu rumah pernah alami masa anak kembar kecil dulu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.