fbpx
Now Reading
Suami Kepada Wanita Terima Hadiah Y15 Dari Ebit Lew Minta Maaf, Umum Sudah Sah Bercerai [Video]
Suami wanita terima hadiah Y15 maklum dah cerai

Suami Kepada Wanita Terima Hadiah Y15 Dari Ebit Lew Minta Maaf, Umum Sudah Sah Bercerai [Video]

Fakhrul turut memohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew atas keterlanjurannya menuduh pendakwah itu hanya membuat konten.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video dikongsikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menghadiahkan sebuah motosikal jenama Yamaha Y15 kepada seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai FoodPanda Walker.

Menurut Ustaz Ebit Lew, ibu tunggal yang dikenali sebagai Emy, 23, mempunyai seorang cahaya mata dan sudah lama berpisah dengan suaminya.

Perkongsian itu bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai termasuklah bekas suaminya, Fakhrul Rosli memaklumkan bahawa mereka belum bercerai dan hubungan mereka masih baik kerana bersama-sama dalam menguruskan anak.

Dia dalam masa sama turut meminta agar orang ramai mendoakan keluarganya itu kerana akan mendapat keputusan mahkamah berhubung perkahwinannya pada 15 November.

Tampil mohon maaf pada Ustaz Ebit Lew & maklum sah bercerai

Terbaharu, Fakhrul menerusi InstaStory miliknya telah tampil memohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew dan memaklumkan dia dan Emy sudah sah bercerai selepas mendapat keputusan dari mahkamah, pada Selasa (15 November).

“Saya mohon maaf atas apa yang saya katakan berkenaan tuduhan Ustaz Ebit Lew hanya membuat konten sahaja adalah tidak benar dan tidak sengaja sama sekali.

“Saya sendiri pun tidak tahu dan merendah diri memohon maaf atas semua kesilapan saya. Berkenaan dengan status saya dan Emy kami bukan lagi suami isteri setelah dapat keputusan daripada mahkamah sebentar tadi (15 November),” tulisnya.

Hilang kawalan dan buat keputusan tanpa berfikir panjang

Fakhrul turut menyatakan bahawa perkara tersebut pertama kali terjadi dalam hidupnya hinggakan dia hilang kawalan dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Dia dalam masa sama turut memohon maaf kepada bekas isterinya itu atas apa yang sudah terjadi selain memaklumkan mereka masih duduk berdekatan untuk menguruskan anak mereka.

“Untuk info saya masih duduk berdekatan dengan bekas isteri saya supaya senang untuk kami uruskan anak sama-sama. Doakan yang terbaik ya ❤️,” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.