fbpx
Now Reading
BN Minta Tangguh Sesi Berjumpa Agong, Tetap Pendirian Tidak Bersama PH Atau PN
BN minta tangguh sesi berjumpa Agong

BN Minta Tangguh Sesi Berjumpa Agong, Tetap Pendirian Tidak Bersama PH Atau PN

Menurut Datuk Seri M Saravanan, BN ketika ini masih lagi mengambil pendekatan untuk tidak berpihak kepada mana-mana parti gabungan seperti PH atau PN.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan sehingga kini negara belum lagi membentuk kerajaan apabila parti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat jumlah kerusi majoriti di Parlimen.

Malah, Barisan Nasional (BN) sebelum ini turut menyatakan bahawa mereka tidak akan berpihak kepada PH mahupun PN dan mahu menjadi pembangkang.

Susulan itu, Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan pemimpin PH dan PN untuk menghadap baginda bagi pembentukan kerajaan baharu semalam (22 November).

Hasil dari pertemuan itu, Agong kemudian menitahkan 30 ahli Parlimen dari BN untuk menghadap baginda secara individu pada jam 10.30 pagi ini (23 November).

BN minta sesi berjumpa Agong ditangguhkan

Terbaharu, BN akan memohon agar sesi menghadap Agong pada pagi Rabu (23 November) itu ditangguhkan.

Memetik laporan Awani, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menyatakan, permohonan itu telah dikemukan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir setelah mereka mendapat kata putus dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan pada malam tadi sekitar jam 9 malam.

“Kita masih meneliti beberapa perkara lagi, jadi kita telah memohon pihak Istana Negara untuk menangguhkan pertemuan esok (23 November).

“Pun begitu, kita masih menunggu keputusan daripada pihak Istana Negara,” jelasnya kepada media.

Tetap dengan keputusan untuk tak berpihak dengan PN atau PH

Jelas beliau, ketika ini BN tetap dengan keputusan mereka untuk tidak berpihak kepada mana-mana gabungan seperti PN atau PH.

Dalam pada itu, Setiusaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon memaklumkan, sebarang kenyataan tentang penangguhan itu akan diumumkan oleh Pengerusi BN jika ia mendapat kebenaran dari pihak Istana Negara.

Sin Woon dalam masa sama turut menyatakan tiada sebarang akuan bersumpah ditandatangani oleh 30 ahli Parlimen BN berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.