fbpx
Now Reading
Berang Kena Hon Sebab Langgar Lampu Isyarat, Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Guna Helmet [Video]

Berang Kena Hon Sebab Langgar Lampu Isyarat, Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Guna Helmet [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, lelaki itu bertindak di luar kawalan kerana berang dihon oleh pemandu kereta terbabit ketika dia sedang melanggar lampu isyarat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara bengang dihon, seorang lelaki yang juga penunggang motosikal bertindak menumbuk dan memecahkan cermin kereta menggunakan topi keledar (helmet) di Jalan Sekilau, Taman Tenaga kelmarin (27 November).

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya terkesan klip video yang tular di Facebook pada pagi tadi mengenai insiden tersebut.

Pecahkan cermin kereta guna helmet

Menurutnya, berdasarkan video tersebut kelihatan cermin kereta dipecahkan dengan menggunakan helmet berhampiran sebuah lampu isyarat.

“Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 9.39 malam, kelmarin.

“Pihak kami telah menerima laporan berhubung kejadian ini dan sehingga kini beberapa orang saksi telah dirakam percakapannya,” katanya dalam kenyataan hari ini (29 November).

Suspek bengang dihon ketika langgar lampur isyarat

Menurutnya lagi, suspek bertindak di luar kawalan kerana bengang dihon oleh mangsa sewaktu dia melanggar lampu isyarat.

Tambah Zam Halim, susulan kejadian itu, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis.

Tular di media sosial, lelaki tumbuk dan pecahkan cermin kereta

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berang menumbuk cermin sebuah kereta jenis Proton X50 yang kemudiannya dipecahkan dengan menggunakan helmet.

Menurut mangsa, dia membunyikan hon kepada lelaki itu kerana melanggar lampu isyarat merah lalu memasuki laluan yang digunakannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.