fbpx
Now Reading
Teruja Bertukar Duka, Tunai Umrah Dengan Keluarga Tapi Allah Uji Ibu Meninggal Dunia Di Mekah [Video]

Teruja Bertukar Duka, Tunai Umrah Dengan Keluarga Tapi Allah Uji Ibu Meninggal Dunia Di Mekah [Video]

Berdasarkan video tersebut, kesihatan ibunya mula merosot pada hari terakhir mereka berada di Mekah apabila wanita itu demam serta sesak nafas sehingga perlu dimasukan ke hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara impian yang ingin dicapai oleh setiap keluarga muslim pastinya menunaikan umrah atau haji bersama-sama.

Sudah pasti kenangan di Tanah Suci merupakan kenangan yang paling manis dan berharga untuk dikenang sampai bila-bila.

Ceria bertukar duka, Ibu meninggal dunia di Mekah

Namun lain pula dengan kisah satu keluarga ini yang mana momen yang mulanya bahagia apabila dapat menunaikan umrah bersama-sama bertukar duka setelah diuji oleh Allah SWT selepas ibu tercinta meninggal dunia semasa di sana.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @isusemasaviral, wanita berkenaan yang juga pemilik video dipercayai memuat naik beberapa rakaman perjalanan mereka sekeluarga semasa menunaikan umrah.

Ketika berada di sana, semua urusan perjalanan dengan lancar dan mereka sekeluarga kelihatan begitu ceria kerana dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan melihat Kaabah buat kali pertama.

Kesihatan ibu merosot pada hari terakhir di Mekah

Bagaimanapun, di hari terakhir mereka sekeluarga di Mekah, ibu tersayang pula jatuh sakit hingga perlu dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas serta demam.

Lebih mengejutkan apabila wanita berkenaan dan ayahnya dikejutkan dengan berita ibunya terpaksa ditidurkan selepas doktor mengesahkan beberapa organ dalamnya tidak berfungsi dengan baik.

Ibu meninggal dunia selepas 10 hari di ICU

Keadaan menjadi semakin sedih dan pilu apabila ibu tersayang disahkan meninggal dunia setelah 10 hari bertarung nyawa di wad ICU.

Difahamkan, jenazah arwah ibunya diuruskan di Tanah Suci Mekah dan turut disolatkan di Masjidil Haram bersama jenazah umrah yang lain sebelum dikebumikan di tanah perkuburan As Sharaya Mekah.

“Saya tengah nangis berdurai-durai” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak dan simpati terhadap nasib yang menimpa wanita itu dan keluargannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.