fbpx

Suka Jadi Duka, 3 Cedera Selepas Terjatuh Semasa Bermain Fun Fair Di Puncak Alam [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, ketiga-tiga mangsa sudah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/abdrashid_muhd/status/1602296975562792962?s=20&t=krt7hrLWVmKuzX_hFo7WeQ

Sejak semalam (12 Disember), tular di media sosial rakaman yang memaparkan tiga individu terjatuh semasa sedang menaiki sotong ride di suka ria (fun air) di Puncak Alam, Selangor.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Twitter akaun @abdrashid_muhd, kelihatan permainan tersebut pada mulanya beroperasi seperti biasa sebelum tiba-tiba melanggar bahagian pagar penghadang menyebabkan ketiga-tiga mangsa terjatuh keluar.

Pengujung menjerit selepas kejadian berlaku dan cuba membantu mangsa

Pada video sama, kedengaran juga suara pengunjung yang berada di tempat kejadian menjerit serta cuba membantu mangsa.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superitendan Ramli Kasa berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu dua wanita dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan selepas terjatuh daripada permainan tersebut.

Identiti mangsa belum dikenal pasti, kes sedang disiasat

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat kejadian pada jam 8.50 malam.

“Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika ia sedang bergerak.

“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Ujar Ramli, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.