fbpx
Now Reading
“Biasa Orang Makan Lari” – Aksi Comel Pelanggan Lari Selepas Bayar Nasi Lemak Buat Netizen Terhibur [Video]
gelagat pelanggan

“Biasa Orang Makan Lari” – Aksi Comel Pelanggan Lari Selepas Bayar Nasi Lemak Buat Netizen Terhibur [Video]

Gelagat dua orang pelanggan itu secara tidak langsung mengundang perhatian ramai kerana ada sahaja cara mereka untuk membayar nasi lemak yang dipercayai sudah diinfaq itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan menjadi seorang usahawan bukanlah suatu perkara yang mudah kerana banyak cabaran perlu dihadapi dalam menaikkan sesebuah perniagaan.

Malah apabila berniaga juga kita akan berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang adakalanya menghiburkan hati dan menceriakan hari seorang peniaga.

Gelagat comel dua orang pelanggan undang perhatian

Terbaharu, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Bangsudu iaitu seorang peniaga nasi lemak yang memaparkan gelagat comel dua orang pelanggannya ketika membeli makanan yang dijual undang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda itu sedang membungkus nasi lemak yang dipesan oleh seorang lelaki, namun semasa ingin membayar Bangsudu menyatakan makanan tersebut tidak perlu dibayar kerana ia makanan yang sudah diinfaq.

Malah dia turut enggan menerima sebarang bayaran dari pelanggannya.

Penunggang motosikal sempat letak duit dalam bakul sebelum beredar

Lelaki yang memakai topi keledar itu kemudian menaiki motornya dan sempat meletakkan wang ke dalam bakul nasi lemak peniaga berkenaan sebelum beredar dengan segera.

Situasi itu kemudian membuatkan seorang lagi pelanggan yang menunggu di situ terhibur lalu ketawa.

Lelaki segera berlari lepas letakk duit dalam bakul nasi lemak

Apa yang lebih menarik perhatian apabila pelanggan tersebut turut membuat perkara sama sebelum berlari ke arah keretanya sebaik sahaja menerima nasi lemak itu.

Perkongsian itu secara tidak langsung telah mengundang ketawa orang ramai yang terhibur dengan gelagat comel kedua-dua pelanggan itu.

‘Abang botak tu kemain gelak sekali dia pun sama’

‘Lari sbb curi nasi lemak ❌, Lari sbb bayar nasi lemak ✅’

‘Banyak akal eh masing-masing’

‘Comel betul merajuk’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.