fbpx
Now Reading
Kedai Makan Layan Diri ‘Next Level’, Dari Bungkus Sampai Bayaran Semua Pelanggan Urus Sendiri [Video]

Kedai Makan Layan Diri ‘Next Level’, Dari Bungkus Sampai Bayaran Semua Pelanggan Urus Sendiri [Video]

Apa yang menjadikan kedai makan ini lebih unik adalah pelanggan boleh memilih membuat bayaran secara harian, mingguan dan bulanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya, apabila berkunjung ke kedai makan, pasti ada pekerja yang akan melayan pelanggan.

Bermula daripada mengambil pesanan, menghantar makanan sehinggalah membuat bayaran, kesemuanya akan dibuat oleh pemilik atau pekerja kedai berkenaan.

Namun, lain pula dengan kedai makan ini yang langsung tidak mempunyai pekerja dan hanya membiarkan pelanggan melayan diri mereka sendiri.

Pelanggan Buat Semua, Dari Bungkus Lauk Hingga Pembayaran

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @jejakawangi, pemuda berkenaan berkongsikan keunikan sebuah kedai makan yang terletak di Sierra 16 Puchong, Selangor.

Menurut pemuda tersebut, kedai makan berlauk itu didakwa tidak mempunyai seorang pekerja pun untuk melayan pelanggan.

Malah, pemilik kedai makan itu juga tidak dilihat berada di premis berkenaan ketika dia berkunjung ke kedai tersebut.

Jelas lelaki itu lagi, pelanggan yang berkunjung ke kedai itu perlu membuat segalanya sendiri bermula daripada pemilihan lauk sehinggalah ke proses bayaran.

Premis berkenaan juga dikatakan tidak membenarkan pelanggan untuk menikmati hidangan di kedai terbabit sebaliknya mereka hanya boleh membungkus lauk.

“Yang paling uniknya semua dekat sini self-service. Sayalah yang ambil lauk, sayalah yang bungkus, sayalah yang kira, saya jugalah yang masuk duit dan ambil baki sendiri.

“Persoalan saya, diorang ni tak takut ke orang lain ambil kesempatan,” kata pemuda berkenaan.

Malah, pemuda berkenaan turut menjelaskan bahawa kedai tersebut tidak mempunyai nama namun ia tetap menjadi pilihan orang ramai untuk berkunjung ke situ.

“Kedai makan paling berpatutan di sini. Lokasi di shoplot Sierra 16 Puchong, Selangor. Sebelah MBE Sierra 16.

“Nama kedai tak tahu. Tiada papan tanda, tiada nama kedai, tiada apa-apa! Tapi ramai juga orang,” tulis pemuda berkenaan menerusi ruang kapsyen.

@jejakawangi

Kedai makan paling affordable kat sini! Lokasi di shoplot Sierra 16, Puchong, Slgr. Sebelah MBE Sierra 16. Nama kedai tatau. Takde signboard, takde nama kedai, takde apa2! Tapi ramai jgk org 😅 #fyp #foodie #foodtiktok #klfoodie #entrepreneur #businessowner

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Siap Letak Senarai Harga & Arahan Untuk Pelanggan

Menerusi video yang dikongsikan itu, turut kelihatan senarai harga bagi setiap lauk yang dibeli oleh pelanggan.

Pemilik kedai juga turut menyediakan langkah-langkah buat pelanggan yang mahu membuat bayaran.

Apa yang menjadikan kedai makan ini lebih unik adalah pelanggan boleh membuat bayaran secara harian, mingguan dan bulanan.

Menurut seorang netizen, kedai makan itu sebelum ini turut menawarkan servis makan di kedai.

Namun, disebabkan kekurangan staf, mereka menukar model perniagaan mereka kepada self-service dan tidak membenarkan pelanggan menjamu selera di sana.

Video Jadi Perhatian Warganet

Video yang mendapat lebih 400 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata memuji tindakan pemilik kedai berkenaan yang dilihat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pelanggan.

Kebanyakan turut berfikiran positif dan menyangka pemilik sebenarnya mempunyai niat untuk bersedekah di samping menjalankan perniagaan tersebut.

Namun, ada juga warganet yang turut berkongsikan pengalaman sama di mana kawasan kediaman mereka telahpun mempunyai peniaga sedemikian di mana pelanggan hanya perlu meletakkan duit di dalam bakul.

Berikut antara komen warganet:

“Mesti Owner Introvert”

“Definisi Orang Berserah & Yakin Dengan Rezeki Allah, Semoga Owner Murah Rezeki”

“Rasanya Owner Ni Tak Kisah Kalau Rugi”

“Dulu Boleh Makan Situ, Tapi Diorang Tak Cukup Staf”

“Rasa Dia Nak Buat Sedekah Sama Kot”

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Sedih Tengok Ayah Termenung Tiada Pelanggan, Netizen Support & Penuhkan Kedai Makan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.