fbpx
Now Reading
“Ingat KitKat Jelly, Rupanya..“ – Kanak-Kanak Tergamam Tengah Sedap Layan Aiskrim Sekali Ada Cicak [Video]

“Ingat KitKat Jelly, Rupanya..“ – Kanak-Kanak Tergamam Tengah Sedap Layan Aiskrim Sekali Ada Cicak [Video]

Kanak-kanak itu terus mencampakkan aiskrim yang sedang dimakannya setelah menyedari dia tergigit seekor cicak yang masih hidup.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aiskrim merupakan antara pencuci mulut yang paling digemari oleh orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak.

Selain itu, aiskrim juga kini mempunyai pelbagai jenis perisa dengan harga yang berpatutan menyebabkan ia boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, di mana-mana dan tanpa mengira waktu.

Tular video kanak-kanak makan aiskrim ada cicak

Namun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan terkejut selepas menyedari terdapat seekor cicak dimulutnya ketika sedang menikmati aiskrim

Menerusi hantaran di laman Twitter akaun @AsyrafRosli_, terlihat kanak-kanak tersebut begitu khusyuk menikmati aiskrim tersebut.

Rasa loya selepas tergigit cicak

Bagaimanapun, ketika aiskrim tersebut hampir habis dimakan, kanak-kanak itu menyedari terdapat sesuatu yang melekat di mulutnya.

Setelah diteliti, ternyata seekor cicak yang telah digigitnya menyebabkan dia berasa loya dan tidak menghabiskan aiskrim tersebut..

Pada video sama, kelihatan dia mencampakkan aiskrim tersebut dilantai dan terus berlari pergi daripada tempat itu.

Dalam klip video sama, kanak-kanak tersebut dilihat mencampak aiskrim di atas lantai dan beredar dari tempat itu.

“Sampai ke tua dia tak makan aiskrim jawabnya” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi malah ada yang beranggapan kanak-kanak tersebut akan trauma untuk memakan aiskrim pada masa akan datang.

Persoalannya, dari mana datang cicak tu?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.