fbpx
Now Reading
Anthony Loke Buat ‘Spotcheck’ Di KLIA2, Kesan Beberapa Kelemahan Yang Perlu Diperbaiki

Anthony Loke Buat ‘Spotcheck’ Di KLIA2, Kesan Beberapa Kelemahan Yang Perlu Diperbaiki

Menteri Pengangkutan itu juga berkongsi beberapa kelemahan di KLIA2 yang perlu diperbaiki, terutama di ruangan menunggu servis e-hailing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kembali memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sering dilihat melakukan pemeriksaan mengejut apabila sebelum ini tular beliau melakukan ‘spotcheck’ di stesen KTM dan LRT Kelana Jaya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dalam Bangunan MOT Hanya Fokus Hal Pengangkutan, Isu Politik Tanya Di Luar- Anthony Loke

Lihat sendiri keadaan hab pengangkutan selepas terima maklum balas orang ramai

Terkini, beliau dilihat sekali lagi melakukan hal yang sama apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pula yang menjadi sasarannya.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau memberitahu pemeriksaan di KLIA2 itu dilakukan kerana ingin melihat sendiri keadaan di hab pengangkutan awam itu selepas menerima maklum balas orang ramai.

Beberapa kelemahan KLIA2 yang perlu diperbaiki

Selepas lawatan itu, Anthony Loke juga berkongsi beberapa kelemahan di KLIA2 yang perlu diperbaiki, terutama di ruangan menunggu servis e-hailing.

“Salah satunya ialah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna. Pihak pengurusan telah melantik kontraktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari.

“Sistem pencahayaan juga akan ditambahbaik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta semua pihak berkepentingan untuk sentiasa berusaha menambahbaik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di KLIA2.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.