fbpx
Now Reading
Video Pertelingkahan Antara Staf Di KLIA & Pelanggan Tular Di Media Sosial [Video]
Wanita didakwa pecahkan cermin kaunter

Video Pertelingkahan Antara Staf Di KLIA & Pelanggan Tular Di Media Sosial [Video]

Ada yang mendakwa bahawa wanita tersebut telah bertindak memecahkan cermin di bahagian kaunter sehingga menyebabkan staf bertugas mengalami kecederaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali ingin menaiki pesawat, pasti kita akan dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal bagi memastikan pengurusan tiket dan bagasi berjalan lancar.

Oleh itu, bagi melakukan proses tersebut antara tempat yang akan dituju sebaik sahaja sampai di lapangan terbang sudah tentunya di kaunter tiket dan bagasi.

Kemudahan dengan menyediakan kaunter bukan hanya dapat melancarkan proses menaiki pesawat tetapi turut menjadi rujukan kepada pelanggan yang mungkin mempunyai masalah dengan pas masuk atau hal berkaitan.

Tular video pekerja syarikat penerbangan undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter yang memaparkan keadaan seorang wanita berbaju putih dengan pekerja sebuah syarikat penerbangan sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan wanita berbaju putih berkenaan telah bertindak menghentak sesuatu objek ke arah kaunter sambil menjerit.

Tidak lama selepas itu datang salah seorang pekerja dari syarikat penerbangan berkenaan yang memarahi tindakan wanita tersebut.

Pekerja syarikat penerbangan tampil bertanyakan soalan kepada pelanggan

Pekerja itu kemudian menunjuk ke arah satu tempat sambil bertanya apakah yang cuba dilakukan oleh wanita terbabit dan mendakwa salah seorang rakan sekerjanya yang berada di situ mengalami pendarahan disebabkan tindakan individu berkenaan.

Wanita itu kemudian membalasnya namun kenyataan yang dikeluarkan tidak dapat didengar dengan jelas.

Sebaik sahaja mendengar jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut dia menyatakan bahawa isu yang dihadapi oleh wanita itu bukanlah masalah mereka tetapi sebaliknya.

“Ini bukan masalah kami, tetapi ia adalah masalah anda,” kata pekerja itu.

Individu itu dilihat meninggalkan kaunter tersebut sebaik bertengkar dengan staf yang bertugas.

Dalam video itu juga kelihatan beberapa orang yang berada di kaunter datang dipercayai mahu membantu individu yang didakwa mengalami pendarahan itu.

Dakwaan mengatakan pelanggan wanita itu telah memecahkan cermin di kaunter

Susulan itu, dalam satu lagi ciapan yang dimuat naik oleh @mfaizhasni di Twitter dia mendakwa bahawa wanita berbaju putih itu telah bertindak memecahkan cermin di bahagian kaunter sehingga menyebabkan salah seorang pekerja mengalami pendarahan.

“Member aku ada dekat tempat kejadian. Malangnya ramai dekat situ sorang pun tak rakam. Masa benda merapu rakam. Time situasi macam tu tak nak pula rakam,” ujarnya.

Dia dalam sama turut menyatakan bahawa memiliki gambar bagi kesan pendarahan berkenaan.

Apabila ditanya adakah perkara yang dinyatakan itu merujuk kepada video yang tular berkenaan pekerja syarikat penerbangan tersebut, dia kemudian menjawab benar.

Walau bagaimanapun, pihak kami telah cuba menghubungi pihak syarikat penerbangan berkenaan untuk mendapatkan penjelasan namun setakat ini masih belum menerima sebarang balasan.

Melihat di ruangan balas, video itu turut mengundang reaksi orang ramai yang menyatakan terma pelanggan selalu betul tidak lagi boleh digunakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.