fbpx
Now Reading
Anak Buat Kejutan Bagi Hadiah Kereta Pada Ibu Bapa Buat Ramai Mengalirkan Air Mata [Video]
Beri kejutan hadiah kereta pada ibu bapa

Anak Buat Kejutan Bagi Hadiah Kereta Pada Ibu Bapa Buat Ramai Mengalirkan Air Mata [Video]

Kata Suhailly dia pertama kali melihat bapanya mengalir air mata ketika menerima hadiah tersebut sehingga membuatkannya turut berasa sebak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar anak itu sudah tentu menyimpan seribu satu impian yang ingin dilakukan untuk membahagiakan ibu bapanya apabila sudah besar kelak.

Malah, ada segelintirnya sanggup menggalas pelbagai kerja dan tanggungjawab asalkan dapat membuatkan ibu bapa tersenyum gembira dan hidup dengan lebih senang.

Meskipun bukan itu yang diminta oleh ibu bapa, tetapi demi membalas jasa mereka yang sudah bersusah payah apa sahaja cabaran sanggup dihadapi oleh mereka yang bergelar anak.

Tak sangka anak buat kejutan beri hadiah kereta

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh Suhailly Mansor memaparkan raut wajah ibu bapa yang tidak sangka apabila menerima hadiah kereta dari anak-anaknya.

Menerusi video tersebut, Suhailly telah meminta abahnya untuk memakai pakaian yang cantik kerana ada badan bukan kerajaan (NGO) yang akan datang untuk memberi bantuan banjir.

Tetapi sebenarnya mereka ingin memberi kejutan untuk menunjukkan kenderaan baharu yang dibeli untuk kedua orang tuanya.

Bapanya kemudian hanya terdiam sambil tersenyum mungkin masih terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Bapa sudah lama impikan anak belikan kereta

Tidak lama kemudian kelihatan ibunya yang datang memeluk salah seorang dari anaknya dan seperti memberi kata ucapan sambil mengesat air mata.

“Abah segan sangat nak terima ni. Abah kerap mengadu dekat anak-anak yang kereta dah uzur dan selalu bocor masa hujan.

“Dari dulu abah impikan nak dapat kereta baru anak-anak beli. Alhamdulillah doa maa (mama) dan abah Allah makbulkan.

“Pertama kali tengok abah lap air mata, sebak rasanya,” kata Suhailly.

Jelasnya, dapat membuatkan kedua ibu bapanya gembira adalah satu kebahagian buat mereka adik-beradik.

Dalam video itu, Suhailly turut menunjukkan kedua ibu bapanya kemudian membawa kenderaan yang dihadiahkan oleh mereka bersiar-siar.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang sebak dengan perkongsian tersebut selain turut menumpang gembira dengan kejutan yang dilakukan oleh mereka itu.

‘Walaupun terdengar kuat gelak ketawa sis yang record tu, tetap mengalir air mata ini’

‘Alhamdulillah saya tumpang menangis gembira’

‘Alhamdulillah.. tapi serius lah abah? Nampak muda woo ingat abang-abang’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.