fbpx
Now Reading
Dakwa Jadi Murung & Trauma Emosi Selepas Kena ‘Friendzone’, Lelaki Nekad Saman Kawan Wanita RM9.8 Juta

Dakwa Jadi Murung & Trauma Emosi Selepas Kena ‘Friendzone’, Lelaki Nekad Saman Kawan Wanita RM9.8 Juta

Difahamkan hubungan Kawshigan dan Nora Tan bermula selepas mereka berkenalan pada 2016 namun mula berdepan masalah pada 2020 gara-gara perasaan yang tidak sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin tajuk yang kedengaran gila, tapi tulah yang dilakukan seorang lelaki di Singapura apabila nekad memfailkan saman terhadap rakan wanitanya selepas hubungan cintanya ditolak.

Menurut Oddity Centrals, lelaki terbabit memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Singapura sebanyak SGD3 juta (RM9 juta) terhadap wanita tersebut kerana telah menyebabkan dia trauma emosi serta menjejaskan reputasi baik yang dimilikinya.

K. Kawshigan difahamkan menyaman Nora Tan Shu Mei selepas wanita itu menolak cintanya di mana dia hanya menganggapnya sebagai seorang kawan sepanjang hampir empat tahun mereka berkawan.

Tuntutan itu juga berpunca daripada kekecewaan lelaki berkenaan kerana Nora tidak mahu menunaikan permintaannya untuk mengeratkan lagi hubungan mereka.

Mula berkenalan pada 2016

Difahamkan hubungan Kawshigan dan Nora Tan bermula selepas mereka berkenalan pada 2016. Namun perhubungan mereka mula berantakan pada September 2020 apabila kedua-dua mereka tidak mempunyai perasaan yang sama di mana Nora hanya menganggap Kawshigan sebagai rakan, tidak seperti lelaki terbabit.

Kecewa dengan perkara itu, Kawsihgan kemudiannya menyertai satu sesi terapi bersama kaunselor. Atas nasihat kaunselor terbabit, Nora kemudiannya turut mengambil bahagian. Namun dia bersetuju dengan cadangan tersebut kerana mengharapkan ianya akan membantu menghentikan Kawshigan daripada terus menyukainya.

Namun selepas setahun, Nora beranggapan usahanya hanya sia-sia lantas membuat keputusan untuk berhenti menemani Kawshigan.

Sejak dari itu, Kawshigan mula mengganggu Nora dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas membuatkan wanita berkenaan mengemukakan prosiding gangguan ke atasnya pada April 2022.

Malah dia menghentikan semua komunikasi dengan Kawshigan kerana tidak lagi mampuo bersabar dengan desakan berterusan lelaki itu yang mahukan mereka sentiasa bertemu.

Akhirnya pada Julai 2022, Kawhsigan pula memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi ke atas Tan dengan alasan dia telah mengalami trauma emosi selain menghabiskan wang untuk program terapi.

Pada Ogos 2022 pula, Kawshigan memfailkan satu lagi dakwaan di mahkamah majistret dengan mendakwa Nora Tan telah melanggars satu perjanjian di antara mereka dalam satu saman berasingan berjumlah S$22,000 (RM71,830).

Majistret bagaimanapun menolak saman yang kedua itu kerana ia dianggap menyalahgunakan proses pengadilan.

Namun kes tuntutan ganti rugi sebanyak SGD3 juta di Mahkamah Tinggi itu akan diteruskan dengan perbicaraan di mahkamah akan bermula pada 9 Februari ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.