fbpx
Now Reading
Unta Di India Dipukul Hingga Mati Selepas Kunyah Kepala Tuannya

Unta Di India Dipukul Hingga Mati Selepas Kunyah Kepala Tuannya

Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, kelihatan sekitar enam orang bersenjatakan kayu sedang memukul seekor unta yang diikat pada sebatang pokok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seekor unta yang bertindak mengunyah kepala tuannya telah dipukul sehingga mati oleh beberapa individu di sebuah kampung di India.

Menurut laporan kosmo yang memetik MailOnline, pemilik unta yang dikenali sebagai Sohanram Nayak cuba menangkap haiwan yang mengamuk itu selepas ia terlepas daripada ikatan tali dan cuba mengejar unta lain di Kampung Panchu, Bikaner, Rajasthan.

Unta gigit leher dan kunyah kepala tuannya

Namun ketika Nayak dia cuba menangkap haiwan tersebut, secara tiba-tiba unta itu menggigit lehernya lalu mencampakkannya ke tanah sebelum bertindak mengunyah kepala lelaki terbabit, lapor The Times of India.

Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, kelihatan sekitar enam orang bersenjatakan kayu sedang memukul seekor unta yang diikat pada sebatang pokok sehingga mati pada Isnin lalu (6 Februari).

Unta tersungkur selepas diserang oleh penduduk kampung

Pada video sama, kelihatan haiwan tersebut tersungkur selepas diserang bertubi-tubi manakala kamera turut menunjukkan Nayak yang sudah tidak bernyawa lagi.

Foto: Twitter

Sementara itu menurut laporan tempatan, ahli keluarga Nayak dikatakan terlibat dalam memukul unta berkenaan manakala jasad lelaki itu pula diserahkan kepada saudara-maranya selepas proses bedah siasat dijalankan.

Setakat ini, tiada sebarang aduan atau laporan yang dilakukan berhubung pembunuhan unta berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.