fbpx
Now Reading
Syarikat Di China Minta Calon Pakai Topeng Muka Ketika Temuduga
pakai mask elak diskriminasi paras rupa

Syarikat Di China Minta Calon Pakai Topeng Muka Ketika Temuduga

Menurut syarikat logistik di China itu, kaedah memakai topeng kepada calon temuduga dapat mengurangkan rasa tekanan kepada seseorang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah syarikat di Chengdu, China dipuji selepas meminta kedua-dua calon temuduga dan penemuduga untuk memakai topeng muka bagi mengelak daripada berlakunya sebarang diskriminasi terhadap rupa paras.

Memetik laporan Oddity Central, Chengdu Ant Logistics telah menjadi tajuk utama di kebanyakan berita selepas tular video memaparkan proses pengambilan kerja di media sosial di negara berkenaan.

Video memaparkan beberapa individu pakai topeng muka

Menerusi rakaman tersebut mereka menunjukkan beberapa orang yang memakai topeng sewaktu menunggu giliran untuk ditemuduga. Malah individu yang menemuduga mereka turut dilaporkan menggunakan topeng muka.

Syarikat itu kemudian mengeluarkan kenyataan berhubung video tersebut dan mendakwa ia dirakam semasa pameran pengambilan kerja yang diadakan dua kali setahun dan penggunaan topeng muka diperkenalkan untuk mengelak dari menjadi ‘bias’ disebabkan rupa.

Topeng muka untuk kurangkan rasa tekanan pada calon temuduga

Syarikat logistik itu menyatakan kaedah itu juga dilaksana bagi mengurangkan rasa tekanan kepada calon temuduga selain untuk menekankan bahawa mereka menghargai kebolehan yang dimiliki berbanding dengan penampilan seseorang.

Video yang tular di media sosial China itu turut mendapat reaksi yang positif di kalangan orang ramai yang menyatakan mereka tidak kisah sekiranya perlu memakai topeng berkenaan ketika memohon pekerjaan yang baru.

“Sebagai seorang yang mempunyai fobia sosial, saya sangat menghargai temuduga kerja seperti ini,” kata seorang pengguna di Douyu (aplikasi media sosial di China).

“Ini adalah kesaksamaan, ketampanan atau kecantikan tidak sepatutnya menjadi pengukur,” ujar seorang lagi netizen.

Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang meragui kesahihan penjelasan yang diberikan oleh syarikat berkenaan, meskipun rakaman itu dirakam oleh calon temuduga yang sebenar tetapi topeng berkenaan dikeluarkan untuk melindungi identiti diri seseorang dari disiarkan secara langsung.

Ada yang mendakwa selepas video berkenaan tular, Chengdu And Logistics telah menjadikan temuduga berkenaan sebagai satu publisiti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.