fbpx
Now Reading
Santai Layan Peminat OKU Guna Bahasa Isyarat, Alif Satar Terima Pujian Ramai [Video]
Alif Satar mahir guna bahasa isyarat

Santai Layan Peminat OKU Guna Bahasa Isyarat, Alif Satar Terima Pujian Ramai [Video]

Kelihatan lelaki OKU itu gembira apabila dapat berjumpa dan berbual dengan Alif Satar yang mahir dalam bahasa isyarat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@johnlemmonnn/video/7202551779131788570?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7089736029175531010

Penyanyi terkenal, Alif Satar bukan sahaja pandai menyanyi malah bakatnya di dalam bidang lakonan dan pengacaraan tidak kurang hebatnya.

Malah sikap bersahaja dan bersopan santunnya itu sentiasa membuatkan dia disenangi oleh pelbagai pihak.

Alif Satar berbual dengan individu OKU guna bahasa isyarat

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh rakannya, influencer John Lemmon yang memaparkan Alif Satar sedang berbual dengan seorang individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai bisu menggunakan bahasa isyarat.

Menerusi video tersebut, individu OKU itu pada awalnya ingin bergambar bersama penyanyi tersebut. Alif kemudian bertanya siapakah nama lelaki itu sebelum dia mengejanya menggunakan bahasa isyarat.

Lelaki OKU kelihatan gembira berjumpa Alif

Mereka kemudian rancak berbual dan kelihatan lelaki itu sangat gembira apabila berjumpa Alif Satar. Selepas bergambar lelaki itu kemudian mengucapkan terima kasih dan kelihatan mereka seperti sempat bergurau sebelum beredar pergi.

Jelas John dalam videonya, sepanjang mereka berkawan dia tidak tahu bahawa Alif mahir dalam bahasa isyarat.

Melihat di ruangan komen pula, ramai yang memuji sikap Alif Satar yang tidak kekok dan mahir menggunakan bahasa isyarat dan menyatakan dia wajar dicontohi oleh pelbagai pihak.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa bahawa ibu Alif merupakan seorang guru pendidikan khas di sekolah dan itu membuatkan dia dan keluarga mahir menggunakan bahasa isyarat.

“Mak abang Alif guru pendidikan khas untuk anak-anak bisu dan pekak..”

“Salute orang yang pandai bahasa isyarat bukan semua orang nak belajar…”

“Alif adalah artis contoh”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.