fbpx

“Kita Akur, Tiada Isu Pun” – UAI Ulas Isu Tak Boleh Kuliah Di Masjid Selangor [Video]

Menurut UAI, dia sudah mengetahui mengenai larangan kuliah di Selangor bagi yang tidak mempunyai tauliah, namun sebuah masjid di Bukit Jelutong tetap inginkan dirinya untuk menyampaikan kuliah di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular isu pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengenai pembatalan majlis Kuliah Maghrib Perdana di sebuah masjid di Selangor.

Menurut kenyataan yang dibuat di laman Facebook rasmi miliknya itu, majlis kuliah berkenaan telah dipindahkan ke Masjid Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Terkini, menerusi satu perkongsian video di laman TikTok akaun  @lons_radokifz, UAI memberi penjelasan selepas diajukan soalan mengenai isu terbabit.

“Apa sebab ustaz tak boleh kuliah di Selangor?” tanya soalan itu.

UAI tahu larangan kuliah tanpa tauliah di Selangor

Menjawab soalan tersebut, UAI menjelaskan bahawa dia sudah mengetahui mengenai larangan kuliah di Selangor bagi yang tidak mempunyai tauliah.

“Mu ingat aku bodoh ke? Kita nk berkuliah, Kita memang dah tahu dari zaman Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan 22 bulan lagi, memang tidak boleh di Selangor sebab (negeri itu) untuk yang bertauliah sahaja. kita pun ‘Stop’.”

Bagaimanapun, sebuah masjid di Bukit Jelutong tetap inginkan pendakwah terkenal itu untuk memberi kuliah maghrib di sana.

“Cuma masjid di Jelutong mintak juga, kami kata boleh tapi sediakan surat sokongan, barulah kami boleh pergi dan mohon tauliah sementara untuk malam itu sahaja.”

Permintaan dan rayuan tetap ditolak, UAI akur pindah ke Masjid di KL

Bagaimanapun, permintaan dan rayuan yang dibuat oleh Masjid terbabit ditolak menyebabkan pihak UAI akur tanpa perlu memanjangkan isu terbabit.

“Mereka sudah mohon, selepas selesai semua benda (permohonan) dan dibatalkan, kami akur dan tukar ke Kampung Pandan. Tak ada isu pun,” katanya.

Isu tauliah dibenarkan oleh syarak, mengawal daripada ceramah ajaran sesat

Menurutnya, isu tauliah sememangnya dibenarkan syarak kerana ingin membendung daripada berlakunya ceramah ajaran sesat.

“Isu tauliah memang dibenarkan syarak kerana nak kawal daripada penceramah ajaran sesat.

“Yang ada ajaran sesat hendaklah dihalang. Memang betul dibolehkan tapi jangan gunakan untuk nafsu.

“Nasihat saya, kamu-kamu ini nanti jadi menteri, jadi orang yang ada kuasa. Gunakan kuasa itu untuk luaskan ilmu ALLAH dan gunakan kuasa kamu untuk sekat maksiat,” jelasnya.

Terdahulu, media sosial hangat memperkatakan isu mengenai majlis Kuliah Maghrib Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam telah dibatalkan.

Difahamkan, pembatalan tersebut dilakukan kerana pendakwah terkenal itu tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di negeri Selangor.

Namun pengumuman pembatalan itu menimbulkan pelbagai persepsi di mana ada yang menyelar keputusan berkenaan dan ada juga yang menyokong dan menghentam UAI seolah-olah sengaja menjadikannya satu isu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.