fbpx
Now Reading
“Beware Guys!” – Pelancong Malaysia Kongsi Rakaman Nyaris Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London [Video]

“Beware Guys!” – Pelancong Malaysia Kongsi Rakaman Nyaris Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London [Video]

Rata-rata pengguna media sosial terkejut melihat keberanian penyeluk saku terbabit melakukan perkara tersebut secara terbuka di hadapan orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melancong ke luar negara pastinya menjadi impian setiap orang, jika berpeluang pasti rasa gembira itu susah untuk digambarkan, apatah lagi jika pergi bersama keluarga atau kenalan rapat.

Namun di dalam keseronokan itu, jangan pula leka dengan barangan peribadi yang dibawa kerana penyeluk saku ada di mana-mana sahaja dan kebiasaannya para pelancong akan menjadi sasaran utama mereka.

Lelaki kongsi rakaman nyaris jadi mangsa penyeluk saku di London

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini apabila dirinya yang sedang berjalan-jalan bersama rakannya di kota London, England hampir menjadi mangsa penyeluk saku berkumpulan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Tiktok akaun @Izz_akrm, lelaki tersebut berkongsi rakaman kejadian yang terakam melalui kamera jenis 360 yang dipegang oleh rakannya.

“Hari ini aku tengah jalan-jalan dengan kawan aku dekat Oxford Street, lepas itu ada tiga orang ni cuba nak pickpocket aku,” katanya.

Tiga wanita mengikuti rapat mereka dari belakang

Berdasarkan video tersebut, kelihatan tiga orang wanita sedang mengikuti mereka secara rapat sebelum salah seorangnya memberanikan diri untuk membuka zip bag yang disandang oleh lelaki tersebut.

Bagaimanapun, cubaan pertama wanita itu gagal menyebabkan dia kembali mengikuti rapat untuk membuat percubaan kali keduanya.

“Tapi kali kedua ni Alhamudulilah aku sempat perasan yang dia cuba buka bag aku dan bila aku tegur dia tak mengaku,” kata lelaki itu lagi.

@izz_akrm

Kena Pick pocket dekat London. 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ #travelwithizz #izzgrouptiktok

♬ original sound – Izz_akrm – Izz_akrm

Di akhir perkongsian, lelaki terbabit meminta orang ramai yang ingin melancong ke luar negara untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada agar tidak menjadi mangsa penyeluk saku.

Ramai terkejut tengok penyeluk saku berani buat depan orang ramai

Memindai ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial. Malah, mereka juga terkejut melihat keberanian penyeluk saku itu membuat perkara tersebut secara terbuka di hadapan orang ramai.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mendakwa bahawa kegiatan itu dilakukan lebih daripada tiga orang dimana sebahagiannya lagi cuba menutupi mata orang ramai dengan menghalang daripada bahagian belakang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.