Ramai Sokong Tindakan DBKL Rampas Barang Peniaga Degil Tiada Lesen Di Jalan TAR [Video]
Tindakan yang dilakukan oleh pihak DBKL itu dianggap adil buat para peniaga yang mempunyai lesen dan membayar sewa tapak di sana.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India merupakan antara kawasan membeli belah yang cukup terkenal di mata para pelancong dan warga tempatan kerana di sini terdapat pelbagai jenis barangan.
Suasana akan menjadi lebih meriah lagi sewaktu bulan Ramadan dan ketika menjelangnya Hari Raya Aidilfiltri kerana terdapat pelbagai jenis pakaian dan barangan raya yang dijual.
Pun begitu, di sebalik kemeriahnya masih ada juga segelintir peniaga tidak berlesen mengambil kesempatan dengan berniaga dan mengaut keuntungan dengan cara yang salah.
DBKL rampas barangan peniaga tidak berlesen di sekitar Jalan Tar dan Jalan Masjid India
Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada baru-baru ini telah melakukan operasi dan merampas barangan peniaga tidak berlesen atau digelar peniaga ‘rambo’ di sekitar kawasan berkenaan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hosnyizat, kelihatan pihak DBKL sedang menarik troli berserta bekas ais yang dipenuhi pelbagai jenis minuman.
Peniaga tanpa lesen tidak beri kerjasama pada DBKL
Peniaga terbabit juga kelihatan seakan tidak memberi kerjasama yang baik selain menghalang barang jualannya daripada dirampas.
Satu lagi video berasingan di TikTok yang dimuat naik oleh @frdhyekal_, turut menunjukkan pihak DBKL sedang merampas barangan niaga daripada peniaga tidak berlesen.
Peniaga ‘rambo’ takda lesen maki pihak DBKL
Pada video sama, kedengaran jelas juga suara beberapa peniaga yang memarahi penguat kuasa tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh DBKL.
Malah mereka juga mengatakan tindakan tersebut sebagai adil buat para peniaga yang mempunyai lesen dan membayar sewa tapak di sana.