fbpx
Now Reading
Tular Video Lelaki Di India Hempap Batu & Tikam Gadis 16 Tahun Lebih 20 Kali Hinggat Maut

Tular Video Lelaki Di India Hempap Batu & Tikam Gadis 16 Tahun Lebih 20 Kali Hinggat Maut

Menurut pihak polis, ketika kejadian mangsa yang juga teman wanita suspek sedang berjalan menuju ke sebuah majlis ulang tahun anak rakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (30 Mei), tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan kejam seorang lelaki di India yang membunuh seorang wanita di tempat awam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter akaun @mynewshub, kelihatan insiden berkenaan berlaku sambil disaksikan orang awam namun tiada yang membantu mangsa daripada terus diserang.

Gadis 16 tahun ditikam lebih 20 kali

Menurut laporan IndiaTimes, kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin lalu (29 Mei) di Rohini wilayah Delhi Utara, India melibatkan mangsa seorang gadis berusia 16 tahun.

Namun, mengikut rakaman CCTV yang direkodkan pada Ahad malam (28 Mei), di dalam video tersebut mangsa dilihat tidak lagi bermaya melakukan apa-apa selepas ditikam lebih 20 kali oleh suspek.

Suspek teman lelaki mangsa

Suspek yang dikenali sebagai Sahil, 20, dipercayai teman lelaki gadis terbabit. Dia telah melarikan diri selepas membunuh mangsa sebelum berjaya ditahan polis di Bulandshahr.

Menurut pihak polis, semasa kejadian gadis terbabit sedang berjalan menuju ke sebuah majlis hari jadi anak rakannya.

Bagaimanapun, semasa sedang berjalan dia diserang oleh teman lelakinya kerana ketidakpuasan hati apabila mangsa dan suspek ada bertengkar sehari sebelum kejadian.

laporan polis dibuat bapa mangsa, kes dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Sehubungan itu, lelaki berkenaan kini disiasat kerana membunuh selepas bapa mangsa membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan Wanita Rekha Sharma mendesak pihak Polis Delhi untuk menjalankan siasatan yang adil dan dalam kadar segera.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.