fbpx
Now Reading
Tular 4 Kereta Di Pudu Dibaling Batu Oleh Individu Misteri Hingga Cermin Pecah [Video]

Tular 4 Kereta Di Pudu Dibaling Batu Oleh Individu Misteri Hingga Cermin Pecah [Video]

Orang ramai dinasihatkan agar membuat laporan polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan selepas terkena batu dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak dikenali.

Menerusi hantaran video dan gambar di akaun Twitter @mynewshub, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Cochrane, Pudu, Kuala Lumpur sekitar Jumaat malam lalu (10 Jun).

“Kes perbuatan khianat, beberapa kenderaan didapati pecah cermin dan mengalami kerosakan selepas dibaling batu oleh individu tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku malam semalam.”

4 buah kereta rosak, ada yang pecah cermin tingkap dan batu ditemui di dalam kereta

Berdasarkan video tersebut, kelihatan empat buah kenderaan mengalami kerosakan kerana terkena batu yang dibaling oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Tidak hanya itu, sebuah kenderaan juga didapati pecah cermin tingkap di bahagian pintu kanan penumpang dan terdapat serpihan batu di dalam kereta.

Manakala rakaman dashcam sebelum kejadian juga memperlihatkan kelibat individu misteri yang melintas jalan sebelum bunyi dentuman kuat cermin pecah kedengaran.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar membuat laporan polis sekirannya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut.

Ramai kecam tindakan tak bertanggungjawab si pelaku

Pada masa yang sama, pengguna Twitter dilihat mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut kerana menyusahkan pemilik kereta untuk menanggung kos membaiki kerosakan yang dialami.

Malah mereka turut berharap agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan dan menangkap pelaku tersebut.

Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana jenayah khianat

Untuk info, perbuatan merosakkan harta benda milik individu lain dengan sengaja boleh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah khianat.

Jika didapati bersalah, hukuman penjara minimun setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

Untuk mengelak berlaku kekeliruan mengenai Akta ini, anda boleh membaca mengenai contoh kes dan hukuman yang dikenakan di laman Facebook Adnan Seman.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung isu tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.