fbpx
Now Reading
Lee Zii Jia Umum Bersara Dari Badminton Buat Sementara Waktu

Lee Zii Jia Umum Bersara Dari Badminton Buat Sementara Waktu

Menurut Zii Jia, dia akan berhenti buat seketika daripada menyertai kejohanan namun tidak mengetahui berapa lama masa yang akan diambil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia telah membuat pengumuman tergempar apabila memaklumkan ingin berehat daripada sukan tersebut.

Dia yang terkeluar daripada 10 tangga teratas dunia semalam (14 Jun) selepas kalah dalam pusingan pertama pertandingan Super 1000 Terbuka Indonesia.

Tewas kepada India dalam perlawanan terbuka di Indonesia

Anak kelahiran Kedah itu tewas 21-17, 21-13 kepada pemain India, Lakshya Sen yang juga berusaha untuk prestasinya sebelum ini di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

“Saya rasa buat masa ini saya mungkin akan berehat seketika dari badminton.

“Saya tidak pasti berapa lama masa yang akan di ambil, tetapi saya mahu berhenti dari badminton buat seketika, sehingga saya bersemangat semula.

“Saya akan berhenti dan berehat buat sementara waktu,” ujar Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dipetik laporan NST.

Berita tergempar dibuat pada bulan lalu

Pengumuman tergempar tersebut dilakukan oleh pemain badminton negara itu tidak sampai sebulan selepas melantik Wong Tat Meng sebagai jurulatih barunya pada Mei yang lalu.

“Mungkin saya akan berhenti daripada menyertai kejohanan. Saya tidak tahu berapa lama. Saya perlu memikirkannya buat jangka waktu yang lama.

“Ia sudah terlalu banyak untuk saya di gelanggang dan saya tidak dapat memberikan tumpuan 100%.

“Oleh itu, adalah baik untuk saya berehat. Keutamaan bagi saya ialah mencari minat di gelanggang.

“Saya bermain dengan baik pada Piala Sudirman (bulan lalu), namun saya tidak melakukan banyak perubahan untuk itu,” jelas Zii Jia yang tidak mempunyai peralihan profesional yang baik pada tahun lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.