Ini 5 Sebab Kenapa Kami Rasa Axia E 2023 Berbaloi, Yang Nak Kereta Baru Wajib Tahu! [Video]
Dengan harga yang murah, anda masih mendapat jaminan waranti selama 5 tahun atau 150,000KM tau!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada Januari lalu, Perodua telah melancarkan Axia generasi kedua (Axia 2023) dengan reka bentuk serba baharu dan harga yang jauh lebih tinggi berbanding generasi pertama.
Susulan itu, orang ramai dilihat kurang bersetuju dengan harga yang ditawarkan memandangkan Perodua Axia sepatutnya menjadi kereta mampu milik buat semua rakyat Malaysia terutamanya golongan B40.
Bagaimanapun, menurut Presiden dan CEO Perodua Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, kenaikan harga itu adalah disebabkan saiz kereta yang lebih besar dan kelengkapan ciri lebih maju.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Model Perodua Masa Kini Lebih Berbaloi & Bernilai Untuk Dimiliki – CEO Perodua
Terkini, Perodua kembali melancarkan semula model Axia E generasi pertama dengan harga yang jauh lebih rendah serta mampu dimiliki.
Berikut kami kongsikan kenapa Axia E ‘Low Spec’ ini berbaloi untuk dibeli mengikut Pandu Laju.
#1 Harga RM22,000 SAHAJA, bulanan serendah RM300
Axia E ini hanya dijual dengan harga RM22,000 sahaja berbanding jika sebelum ini ketika pertama kali ia dilancarkan iaitu sekitar RM24,000 untuk spesifikasi paling rendah.
Apa yang lebih menarik, harga RM22,000 ini tidak hanya di semenanjung, malah Sabah dan Sarawak juga ditawarkan dengan harga yang sama.
Jadi jika anda mengambil kereta ini dengan loan selama 9 tahun, setiap bulan anda hanya perlu membayar sekitar RM300 sahaja.
#2 Gabungan reka bentuk Axia 2017 dan model facelift 2019
Tidak hanya kembali seperti model lama secara penuh, Axia E yang baru dilancarkan ini juga mempunyai sedikit perbezaan tersendiri
Wajah Axia E ini di bahagian depan adalah sama seperti Axia generasi pertama pada tahun 2017, namun bahagian belakang pula menggunakan reka bentuk Axia Facelift 2019.
#3 Pilihan warna yang lebih menarik
Jika sebelum ini, Axia dengan spesifikasi paling rendah ini hanya boleh didapati dengan satu warna sahaja iaitu putih seperti yang sering dilihat di sekolah memandu.
Namun kini ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Granite Gray, Glittering Silver, dan juga Ivory White.
#4 Power window dan power steering
Dengan harga RM22,000, pasti ramai yang menyangka kerana ini serba manual. Pandangan itu tidak tepat kerana Axia E mempunyai power window untuk kesemua tingkap dan lebih menarik lagi, di bahagian pemandu ada ‘Auto power window’.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan power steering yang akan memudahkan pemandu untuk memutar tayar terutamanya ketika berada dalam keadaan pegun.
Pada 29 tahun dahulu, pertama kali Perodua Kancil dilancarkan adalah sekitar tahun 1994 di mana saat itu model EX tidak mempunyai power steering bahkan keempat-empat tingkap juga harus dibuka secara manual.
Dan harga yang ditawarkan pula sekitar RM24,500 lebih mahal daripada apa yang Perodua berikan pada Axia E ini.
#5 Waranti 5 tahun atau 150,000KM
Sejujurnya, masih banyak lagi pilihan kereta terpakai dengan harga yang jauh lebih rendah. Namun antara kebimbangan utama untuk memiliki sebuah kereta lama pastinya keadaan enjin.
Pakai tak sampai 5 bulan tapi asyik rosak, garu kepala juga nak kena perbaiki selalu.
Jadi pilihan Axia E yang baru ini sememangnya berbaloi kerana Perodua memberi waranti selama 5 tahun atau 150,000KM.
Kereta baru tak perlu difikirkan soal enjin, hanya perlu pastikan ia dihantar servis mengikut tempoh yang ditetapkan.