fbpx

MK K-Clique Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan Hati, Siti Hajar [Video]

MK serta pasangan, Siti Hajar selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dengan mas kahwin RM302 tunai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (16 Jun) penyanyi rap, MK K-Clique atau Muhammad Hairi Amin Hamdan selamat disatukan dengan gadis pilihannya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin.

Pasangan itu telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 9.35 pagi di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Turut kelihatan rakan selebriti termasuk kumpulan K-Clique, Zizi Kirana dan ahli keluarga menghadiri majlis penyatuan dua hati itu.

Mas kahwin RM302 tunai dengan seutas gelang tangan emas

Penyanyi berusia 27 tahun itu telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain yang berwalikan bapa kepada Siti Hajaar iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM302 tunai dan seutas gelang tangan emas.

Jumlah hantaran bagaimanapun dirahsiakan kepada umum.

Keluarga MK turut menyerahkan enam dulang hantaran yang dibalas enam oleh pihak perempuan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah jadi suami.

“Doakan kebahagian kami bersama,” jelas penyanyi itu dipetik mStar.

Video memaparkan pernikahan pasangan itu turut dikongsikan oleh EraFM menerusi Instagram rasminya.

Pasangan sama padan ini turut mengenakan warna putih bagi busana pernikahan mereka.

@era.je

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, @MK K-CLIQUE dan pasangannya Siti Hajar selamat diijabkabulkan. #sharERA #fyp #fypage #fypmalaysia #liveupdateERA #fypシ

♬ original sound – ERA – ERA
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.