fbpx
Now Reading
“Hitam Jangan Sedih”- Lembu Seperti Menangis Sebelum Dikorbankan Undang Perhatian Ramai [Video]

“Hitam Jangan Sedih”- Lembu Seperti Menangis Sebelum Dikorbankan Undang Perhatian Ramai [Video]

Lembu yang dikenali sebagai Hitam itu turut dilihat mengalirkan air mata seolah-olah sedang bersedih hingga membuatkan netizen turut sebak melihatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (29 Jun) seluruh umat Islam di negara ini telah meraikan Hari Raya Aidiladha dengan penuh meriah.

Sehubungan itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan peliharaan mereka seperti lembu, kerbau atau kambing.

Tular video lembu menangis sebelum dikorbankan

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh Shukri Zainal memaparkan seekor lembu mengalirkan air mata sebelum dikorbankan bagi menyempurnakan ibadah korban di Hari Raya Aidiladha.

Difahamkan Shukri merupakan salah seorang individu yang terlibat dalam proses menyempurnakan ibadah korban di Masjid Felda Bukit Cherakah, Selangor.

Menerusi video tersebut kelihatan Shukri pada awalnya memanggil haiwan tersebut yang dikenali sebagai Hitam ketika ia sedang duduk berehat menunggu giliran untuk disembelih.

“Hitam” turut dilihat mengalirkan air mata ketika sedang berehat

Dia kemudian meminta agar haiwan itu untuk tidak bersedih selepas kelihatan Hitam mengalirkan air mata diwajahnya.

Malah lelaki itu turut memujuknya Hitam dengan menyatakan bahawa semoga mereka akan berjumpa di syurga nanti atas pengorbanan yang dilakukan oleh haiwan tersebut untuk ibadah mulia itu.

“Hitam, dah jangan sedih-sedih ya. Insya-Allah kita jumpa dekat sana (syurga) nanti,” katanya.

Haiwan itu kemudian berpaling ke arah lain dan menutup matanya dengan menggunakan telinga seolah-olah mengerti apa yang dimaksudkan oleh Syukri.

“Qurban (korban) apa yang kita sayang,” tulisnya di ruang kapsyen.

Kongsi momen akhir sebelum lembu disembelih

Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Syukri dia turut berkongsi beberapa momen akhir dia bersama Hitam dan kelihatan mereka sangat mesra bersama.

@shukzainal22

Qurban yang terbaik adalah QURBAN apa yang kita sayang. Semoga Allah terima segala amalan kita. #masjidfbc #fyp #aiduladha #nakalbutberakal #nazirmuda

♬ Penyejuk Hati – Instrumental – Asraf Studio

Seorang wanita yang dipercayai merupakan pemilik kepada haiwan korban itu turut berdoa agar dia akan berjumpa dengan Hitam di syurga nanti.

Tak haram makan daging haiwan sembelihan jika rasa kasihan

Untuk makluman laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan rasa belas kasihan terhadap haiwan yang disembelih tidak akan mempengaruhi status halal dan haram, sekiranya ia cukup syarat sah sembelihan.

Sifat belas kasihan terhadap haiwan adalah fitrah manusia, kerana itu kita disarankan untuk mengikut adab dan sunat semasa proses penyembelihan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut bersedih melihat momen tersebut.

Malah ada yang menyatakan perkara itu adalah sebab mengapa segelintir dari mereka tidak mahu melihat proses penyembelihan kerana akan berasa kasihan melihat haiwan terbabit.

“Ya Allah terharu saya bang walaupun dia binatang dia tetap ada hati dan perasaan Allahuakbar”

“Sebab tu aku tak nak pergi tengok, silap-silap aku meraung dekat situ”

“Dia tahu dia akan berjumpa dengan penciptanya namun dia juga sayang dengan tuannya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.