Wanita Bertudung Dikecam Selepas Tular Buat Live Minum Arak Sambil Memandu [Video]
Wanita yang tular didakwa mabuk selepas meminum air mengandungi alkohol turut terlibat dalam kemalangan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui membawa kenderaan dalam keadaan mabuk merupakan satu kesalahan undang-undang.
Ini kerana, tindakan tersebut boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.
Malah sudah banyak kes yang dilaporkan di dada-dada akhbar melibatkan pemandu yang mabuk terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa pengguna lain disebabkan sikap kecuaian mereka.
Namun buat seorang yang beragama Islam tidak kiralah sama ada anda sedang memandu mahupun memasak perbuatan meminum arak adalah HARAM sama sekali.
Wanita bertudung tular dipercayai mabuk ketika memandu
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita Muslim yang dikecam orang ramai selepas didakwa mabuk ketika memandu.
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita bertudung itu sedang membuat siaran langsung di platform TikTok miliknya sambil menunjukkan aksi sedang meminum air tin berwarna hijau dipercayai mengandungi alkohol daripada jenama Somersby berperisa Apple Cider.
Maklum tahu air tersebut haram pada penonton
Dia kemudian ditegur oleh beberapa individu yang menonton live tersebut dengan mengatakan perbuatan meminum air yang mengandungi alkohol adalah haram di sisi Islam.
“Ya haram, akak tahu dik. Akak tahu, terima kasih untuk nasihat,” katanya. Dia kemudian dilihat dalam keadaan yang tidak menentu apabila seperti ingin ketawa dan juga menangis.
Wanita itu kemudian memaklumkan dia tidak tahu mengapa dengan dirinya kerana berasa sangat sedih (down) seperti mengalami gangguan emosi.
“Saya tak tahu kenapa saya hari ni rasa down gila. Saya macam mental breakdown,” katanya.
Kemalangan tidak lama selepas minum air berkenaan
Terdapat juga penonton yang melihat video tersebut mula bertanya adakah perbuat tidak meminum air mengandungi alkohol itu boleh mendatangkan bahaya kepadanya.
Selain itu, terdapat juga segelintir dari mereka yang memintanya untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan meninggalkan perkara yang haram.
Namun siapa sangka wanita berkenaan kemudian memaklumkan bahawa dia baru sahaja terlibat dalam kemalangan sebelum bertindak menghentikan siaran langsung itu.
“Kejap eh guys, saya kemalangan guys.”
Malah turut kelihatan beberapa komen daripada penonton menyatakan bahawa perempuan tersebut mabuk selepas minum air tersebut.
sambung pic.twitter.com/yomtBbPSZ2
— EBU (@IbuPeri__) June 30, 2023
Mengandungi alkohol sebanyak 4.5%
Menerusi semakan yang kami lakukan, air tin jenama Somersby berperisa Apple Cider yang diminum wanita itu adalah dari jenis sparkling cider. Namun ia mengandungi sebanyak 4.5% alkohol.
Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan apabila berasa sedih melihat tindakannya meminum air arak tersebut.
Ada juga yang menyatakan air berperisa itu tidak akan membuatkan seseorang mabuk kerana ia hanya mengandungi tahap alkohol yang rendah.
“Cider mabuk ke? lahh akak pun”
“Somersby pun mabuk eh? Lain macam dia ni”
“Minum cider boleh mabuk ke?”
“Stress macam mana pun berbaliklah pada yang maha Esa, insya-Allah baik sahaja..”
Dalam rujukan laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan turut menyatakan umat Islam telah diperintah untuk berpegang kepada prinsip tidak melakukan sesuatu perbuatan yang menyerupai orang kafir pada sesuatu yang kita dilarang melakukannya.
Oleh itu, perbuatan minum arak serta mengadakan majlis minum arak merupakan perkara yang dilakukan oleh orang kafir. Sedangkan ia jelas terlarang dalam agama Islam.
Maka umat Islam dilarang sama sekali meniru meskipun hanya sekadar melakukan gaya perbuatan mereka yang meminum arak.