fbpx
Now Reading
Demi Cinta, Wanita Sanggup Ke Bangladesh Untuk Kahwini Kekasih Hati

Demi Cinta, Wanita Sanggup Ke Bangladesh Untuk Kahwini Kekasih Hati

Pasangan itu berkenalan ketika Farhad datang ke negara ini untuk bekerja sebelum pulang selepas kontrok kerjanya tamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang bercinta sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja demi insan yang tersayang.

Seperti ungkapan ‘lautan api sanggup ku redahi,’ tidak kiralah apa cabaran sekalipun yang perlu ditempuh asalkan kekasih yang disayangi berada dekat dengan mereka semuanya pasti membahagiakan.

Wanita warganegara Malaysia sanggup ke Bangladesh untuk berkahwin

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang wanita Malaysia ini apabila dia sanggup terbang ke Bangladesh demi mengejar cintanya untuk berkahwin dengan teman lelaki yang berasal Noakhali.

Wanita yang dikenali sebagai Smriti Ayesha Ramasamy berusia 22 tahun telah berkahwin dengan pasangannya Farhad Hossain, 26 yang merupakan penduduk di Chowmuhani.

Berkenalan di Malaysia ketika Farhad bekerja

Menurut sumber kepada keluarga, Farhad sebelum ini telah berkunjung ke Malaysia pada lima tahun lalu untuk bekerja.

Oleh itu, di situlah mereka mula berkenalan sehingga menimbulkan bibit cinta antara mereka.

Sebaik sahaja kontrak bekerja Farhad di syarikat tersebut tamat pada tahun ini dia kemudian kembali ke negaranya.

Namun jarak tidak menghalang mereka untuk terus berhubung dengan Smriti sehinggalah mereka mencapai kata putus untuk berkahwin, lapor Dhaka Tribune.

Selepas bersepakat untuk mendirikan rumah tangga, wanita itu kemudian terbang ke Bangladesh pada 24 Jun lalu dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka.

Pasangan berkahwin di mahkamah

Mereka kemudian mengikat tali perkahwinan pada keesokan harinya (25 Jun) di mahkamah dan pasangan terbabit kini menetap di kediaman Farhad di Hajipur.

Apa yang lebih menarik perhatian penduduk tempatan turut tidak sabar untuk berkunjung ke rumah bagi melihat pengantin perempuan. Malah keluarga Farhad sangat gembira menerima menantu baru mereka itu.

“Saya dan Smriti menjalin hubungan selama lebih empat tahun. Apabila saya pulang ke rumah, Smriti menghubungi saya dan memutuskan untuk datang ke Bangladesh kerana cintanya terhadap saya.

“Menurut undang-undang Malaysia , Smriti sudah dewasa dan membuat keputusan untuk datang ke Bangladesh sendiri. Kami semua gembira dengan perkahwinan kami,” kata Farhad.

Smriti yang juga boleh berbahasa Bangali menyatakan dia sayang suaminya dan Bangladesh.

“Persekitaran di sini, layanan mesra dan kasih sayang semua orang telah mempesonakan saya. Seluruh keluarga Farhad telah menerima saya. Saya amat gembira untuk hidup kehidupan yang harmoni dengan semua orang,” kata Smriti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.