fbpx

“Kawan Yang Bawa Bukan Saya” – Pekin Reda Yaris GR Kansai Baru Tiba Seminggu Dari Jepun Terlibat Kemalangan ‘Total Lost’ [Video]

Menurut Pekin, punca kemalangan masih tidak diketahui kerana kemalangan itu berlaku sekelip mata, namun dia berasa syukur kerana tiga orang rakannya yang berada di dalam kereta tersebut selamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Yaris GR D1 Kansai Edition milik pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim.

Kemalangan itu sekaligus menghancurkan hati rata-rata peminat automotif Malaysia terutamanya pecinta JDM (Japan Domestic Market).

Difahamkan, kereta tersebut yang diterbangkan daripada Jepun baru sahaja tiba di Malaysia kira-kira seminggu yang lalu.

Pekin Ibrahim jelaskan isu sebenar kemalangan Yaris GR Kansai

Menerusi hantaran video yang dimuat naik Pekin Ibrahim di saluran YouTube miliknya, dia menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku semasa kejadian.

Menurut Pekin, pada awalnya ramai orang yang menyangka bahawa dia terlibat dalam kemalangan tersebut, bahkan rakan-rakan dan isterinya turut berfikiran sama.

“Ramai sangat yang call dan DM prihatin serta tanya perkhabaran. Diorang ingat saya yang bawa kereta tu. Untuk kita jelaskan semuanya, sebenarnya bukan saya yang bawa tapi kawan saya yang bawa.”

Rakan pandu Yaris GR Kansai ketika berada di kedai cuci kereta

Menurutnya lagi, semasa kejadian kereta yang dimodifikasi sepenuhnya oleh Kansai Service di Jepun itu dipandu oleh rakannya ketika berada di sebuah kedai cuci kereta.

Beberapa orang rakannya dikatakan keluar sebentar untuk ke kedai makan sementara menunggu kereta mereka siap dicuci.

Kemalangan berlaku ketika rakan ingin pulang dari kedai makan

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang daripada kedai makan, kereta Yaris GR Kansai yang dipandu rakannya itu terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kerosakan penuh (total lost).

Jelas Pekin, punca kemalangan masih tidak diketahui kerana kemalangan itu berlaku sekelip mata, namun dia berasa syukur kerana tiga orang rakannya yang berada di dalam kereta tersebut selamat.

Difahamkan, salah seorang rakannya mengalami patah bahu, manakala dua lagi masih mendapat rawatan lanjut di hospital.

“Benda nak jadi sekelip mata, kita pun tak tahu nak salahkan siapa. Bila benda dah jadi kita tak boleh persoalkan lagi.

“Yang penting kita bagi semua selesai, semua selamat itu pun dah cukup bersyukur,” katanya.

Pekin nasihat orang ramai hati-hati ketika memandu, ambil sebagai pengajaran

Pekin pada masa sama turut memberi pesanan kepada orang ramai serta mengambil pengajaran untuk berhati-hati di jalan raya ketika memandu.

“Kalau kita dapat kereta kawan, kalau boleh cuba dulu biasakan dengan jentera, kita kena buat macam kereta orang lah.

“Tapi kita pun bukan nak salahkan siapa-siapa, benda dah jadi. Ini semua aturan Allah SWT, mereka masih hidup sudah cukup buat saya rasa bersyukur Alhamdulilah,” ujar Pekin.

Kami di BuzzKini turut bersimpati terhadap apa yang berlaku dan semoga Pekin tabah serta kembali bersemangat. Tidak lupa kepada rakan-rakannya yang terlibat dalam kemalangan terbabit semoga cepat sembuh.

Video penuh di YouTube

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.