fbpx
Now Reading
“Saya Harap Cikgu Ada Tangan Nak Balas Pertanyaan” – Parents Biadap Mesej Guru Waktu Malam, Siap Sindir

“Saya Harap Cikgu Ada Tangan Nak Balas Pertanyaan” – Parents Biadap Mesej Guru Waktu Malam, Siap Sindir

Bagaimanapun, sindiran wanita itu mendapat teguran daripada ibu bapa lain yang turut berada di dalam group WhatsApp berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya.’ Peribahasa ini membawa maksud ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mengenai ilmu dan adab sejak mereka kecil lagi.

Tidak hanya itu, ibu bapa juga sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak untuk dijadikan ikutan.

Wanita bersikap biadap ketika hantar mesej kepada guru pada waktu malam

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita bersikap biadap ketika bertanya mengenai buku anaknya kepada seorang guru menerusi aplikasi perbualan WhatsApp.

Menerusi tangkap layar perbualan itu yang dikongsikan oleh Cikgu Fadli Salleh, wanita terbabit bertanya mengenai buku BM1 dan BM2 pada waktu malam kepada guru tersebut.

“Saya harap cikgu ada tangan nak balas pertanyaan saya ni”

Apa yang mengejutkan, ibu kepada murid terbabit juga bersikap biadap apabila menyindir guru berkenaan untuk membalas pertanyaannya.

“Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya, buku tulisan BM1 dan BM2 tak ada kat saya. Cikgu ada ambil ke? Saya harap cikgu ada tangan nak balas pertanyaan saya ini,” tulis wanita itu.

Bagaimanapun, sindiran wanita itu mendapat teguran daripada ibu bapa lain yang turut berada di dalam group WhatsApp berkenaan.

Rata-rata mereka berpendapat ayat yang diberikan oleh wanita itu tidak beradab dan seharusnya lebih menghormati guru ketika bertanya.

Cuba betulkan diri, dakwa pertanyaan sering tak dijawab guru terbabit

Pun begitu, wanita terbabit dilihat cuba memperbetulkan dirinya dengan mendakwa dia bersikap sedemikian kerana guru tersebut selalu tidak menjawab pertanyaannya.

“Saya cakap macam ini ada sebab. Setiap kali pertanyaan saya, jarang sekali cikgu nak balas. Saya bukan nak bersikap kurang ajar atau apa. Bukan sekali dua saya bertanya dalam group ini,” tulisnya lagi.

Namun dapat dilihat menerusi tangkap layar yang dikongsikan itu ibu bapa yang lain tetap mengingatkan wanita terbabit untuk setiasa menjaga adab tidak kira apa situasi sekalipun.

Mintak maaf tapi siap bagi arahan kepada guru

Enggan memanjangkan lagi cerita, wanita tersebut akhirnya meminta maaf namun dia pada masa sama sempat memberi arahan kepada guru berkenaan berhubung buku ketiadaan buku itu.

“Baiklah, kalau rasa tanya macam tu salah saya malas nak panjang cerita dekat sini. Nanti saya taknak dengar anak saya kena marah atau kena denda sebab buku takda pada dia. Assalamualaikum.

“Saya minta maaf kalau saya bercakap itu kurang ajar pada cikgu,” ujarnya.

Cikgu Fadli akui memang ada segelintir ibu bapa bersikap sedemikian

Dalam pada itu, cikgu Fadli turut mengakui memang ada segelintir ibu bapa yang bersikap sedemikian kepada guru yang mengajar anak-anak mereka.

Selain itu, dia juga memuji tindakan ibu bapa yang menyebelahi guru berkenaan serta berani menegur wanita terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.