fbpx
Now Reading
Jijik! Wanita Rakam Tikus Makan Ayam Mentah Di Kedai Runcit [Video]

Jijik! Wanita Rakam Tikus Makan Ayam Mentah Di Kedai Runcit [Video]

Menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 100 ribu itu, Fadhilah mengingatkan orang ramai agar berhati-hati terutama ketika membeli bahan mentah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan merupakan perkara utama yang perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Sekiranya perkara ini diabaikan, ia akan mendorong penularan penyakit berbahaya.

Namun, aspek kebersihan sering kali diabaikan oleh sesetengah peniaga terutamanya di kedai makan mahupun di kedai runcit.

Oleh sebab itu, sebagai pelanggan, kita dinasihatkan untuk memilih kedai yang diyakini kebersihannya agar barang yang dibeli tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Tikus Leka Ratah Ayam Mentah

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di akaun TikTok @fadhilahahmad3031, kelihatan seekor tikus sedang meratah ayam mentah di sebuah kedai runcit di Klang.

Kejadian itu dirakam oleh pengguna akaun TikTok berkenaan dari jauh setelah menyedari kehadiran tikus di kedai runcit itu.

“Aku tengok dari kereta jelah, aku zoom dekat-dekat untuk tengok binatang apa, rupanya tikus,” tulisnya di video berkenaan.

Malah, pengguna Tik Tok itu turut mendakwa kehadiran haiwan tersebut turut disedari oleh pelanggan lain di kedai runcit itu.

Namun, dia mendakwa pelanggan lain telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pekerja kedai runcit tersebut.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang nama kedai di video berkenaan.

Titip Pesan Ketika Beli Barang Basah

Menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 100 ribu itu, Fadhilah mengingatkan orang ramai agar berhati-hati terutama ketika membeli bahan mentah.

“Korang jaga-jaga la beli lauk basah terdedah, takut ada yang jadi begini,” tulisnya di video tersebut.

@fadhilahmad3031

aku lupa nak up video kene stanby dgn nitizen² puaka ni 😂😂 , sepatut aku kene rakam smpi owner kedai melingkup la br nitizen puas hati sedetail² nya kene bg tau … aku share br korg beringat , video ni pun dh 2,3minggu br aku teringat nak share .. masa aku rakam ada org lain dh bagi tau , ishhhhh mengkome niii kannn, lantak korg la nak kecam ke apa ke yg pntg beringat la membeli lauk basah terdedah ni risiko gini pasti ada tu je yg aku nak smpi kan , kalau aku pntg diri aku tak share g lantak korg laaa yg beli korg yg makan … #rattatouille #tikus #kedaiaceh #fyp #ikuttrend #xyzbca

♬ Stel Kendo Stel Kenceng Jedag Jedug – Rian DTM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli dan risau tentang penyakit yang bakal dihidapi oleh pelanggan sekiranya membeli barang basah yang dimakan oleh haiwan perosak tersebut.

Bahaya Untuk Kesihatan. Boleh Kena Jangkitan Kencing Tikus

Makan Besar

Dengan Lalatnya Aduhai

Saya Pernah Tengok Kuncing Kencing Atas Sayur Taugeh Dalam Bekas

Untuk info, tikus boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Malah, ada di antara penyakit tersebut boleh membawa maut kepada manusia.

Jangkitan penyakit daripada tikus boleh diperolehi daripada najis, air kencing, air liur atau gigitan daripada haiwan perosak ini.

Malah, penyakit daripada haiwan ini boleh juga tersebar secara tidak langsung melalui kutu atau tungau yang pernah berada di badan tikus.

Namun, setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi atau respon dari pihak bertanggungjawab.

Baca Artikel Berkaitan: MPAJ Batalkan Lesen Restoran Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng

Baca Artikel Berkaitan: Kencing Tikus Juga Boleh Berpunca Dari Tin Minuman

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.