fbpx
Now Reading
Tular Sekumpulan Warga Asing Mengamuk Serang Wanita, Siap Bawa Kayu Hoki [Video]

Tular Sekumpulan Warga Asing Mengamuk Serang Wanita, Siap Bawa Kayu Hoki [Video]

Menerusi video berkenaan, kedengaran suara wanita mengugut untuk menghubungi pihak polis sebelum kumpulan warga asing itu beredar dari kawasan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing yang membuat kekecohan apabila didakwa menyerang seorang wanita di sebuah kedai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Malaysia Most Viral di Twitter, kedengaran suara seorang lelaki dan wanita sedang menjerit dan kelihatan beberapa individu berada di hadapan premis berkenaan.

Wanita jerit minta keluar dari rumah

Wanita itu kemudian meminta kumpulan berkenaan untuk keluar dari kedai tersebut.

“Hei kau keluar, kau keluar,” teriak wanita itu.

Tidak lama selepas itu, turut kedengaran suara seorang lagi wanita lain yang menyatakan mahu menghubungi pihak polis

“Call polis, call polis,” katanya.

Segera beredar lepas diugut ingin hubungi polis

Mendengar perkara itu, mereka kemudian segera keluar daripada kedai berkenaan dan beredar dari tempat kejadian dengan menaiki tiga kenderaan.

Malah dua orang daripada kumpulan itu turut dilihat membawa kayu hoki dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kajang, Selangor.

Memetik laporan Majoriti, difahamkan kejadian itu berlaku berpunca daripada perasaan tak puas hati kumpulan berkenaan dan mereka lalu bersikap biadap kepada wanita tersebut.

Video itu secara tidak langsung turut menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang meminta agar pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan bagi kes tersebut.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklum balas atau kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian yang tular itu.

“Kalau dapat passport masing-masing terus batalkan passport dan senarai hitam dari masuk Malaysia”

“Wow Prima Saujana makin terkenal”

“Tak tahu apa masalah. Tak dibayar gaji ke apa?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.