fbpx
Now Reading
Mat Rempit Dikecam, Dah Kena Hon Pun Masih Buat Aksi Superman [Video]

Mat Rempit Dikecam, Dah Kena Hon Pun Masih Buat Aksi Superman [Video]

Menerusi video berkenaan, ada juga yang mengecam tindakan kereta berkenaan kerana memandu melebihi had kelajuan lebuh raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari ada sahaja kes kemalangan yang dilaporkan berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya sendiri.

Meskipun sudah berulang kali dinasihatkan serta pelbagai inisiatif dilakukan untuk membendung masalah ini namun segelintir darinya masih memandang enteng undang-undang yang digubal demi menjaga keselamatan semua.

3 penunggang motosikal buat aksi superman di lebuh raya

Perkara ini samalah seperti video yang tular di media sosial ini apabila tiga penunggang motosikal bertindak melakukan aksi Superman dipercayai di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Tapah, Perak.

Menerusi rakaman dashcam yang dikongsikan oleh Mynewshub di Twitter, awalnya kelihatan sebuah motosikal berada di tengah-tengah laluan sebelah kanan lebuh raya sebelum kereta di bahagian belakang bertindak membunyikan hon.

Ditunggang dengan laju selain bawa secara bahaya

Sebaik sahaja hon dibunyikan beberapa kali, individu itu kemudian bertindak melakukan aksi superman sebelum datang seorang lagi penunggang dari sebelah kiri turut melakukan perkara sama.

Motosikal itu turut dilihat ditunggang dengan laju serta dalam keadaan bahaya apabila menukar laluan ke kiri dan kanan berulang kali.

Tidak lama kemudiannya, seorang lagi penunggang turut melakukan aksi berkenaan meskipun sudah beberapa kali di hon.

Malah dia turut dilihat mengangkat tangan kepada penunggang di sebelah kiri sambil menunjuk arah ke kiri sebelum bertindak menukar laluannya ke bahagian tersebut.

Ramai sifatkan kereta turut dipandu melebihi had laju

Walau bagaimanapun selain motosikal itu disifatkan berbahaya, orang ramai di ruangan balas ciapan berkenaan turut mengecam tindakan pemandu tersebut yang dipercayai memandu melebihi had laju.

Dalam rakaman itu kelihatan kenderaan tersebut dibawa pada kelajuan sekitar 130 km/j bahkan ada yang mencapai 150 km/j.

Ada yang mengatakan tindakan kedua-dua kenderaan tersebut bukan sahaja bahaya malah boleh memberi risiko kepada pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Memandu atau menunggang secara berbahaya seperti melebihi had laju dan aksi superman merupakan satu kesalahan dan tindakan undang-undang boleh diambil kepada si pelaku.

“Kereta dan motosikal kedua-duanya memandu secara berbahaya dan risikokan nyawa pengguna jalan raya lain”

“Kereta pun sama bawa bapak laju, sama dengan motor laju satu hal. Duduk lorong kanan lepas tu buat superman. Jadi konklusinya berhemah semasa di jalan raya”

“Haihh sakit jantunglah tengok dia orang bawa motor macam tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.