
Asyik Kena Palau, Akhirnya Berjaya Tagih Hutang Lepas Kongsi Gambar Bomoh Siam Pada Rakan
Difahamkan, jumlah hutang yang dipinjam rakannya itu adalah sebanyak RM9,000 dan hanya dibayar RM150 sepanjang tempoh hampir dua tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Suka berhutang tapi liat untuk membayar balik, itulah antara isu yang sering dibangkitkan di dalam media sosial sehingga ada yang menjadi takut untuk memberi pinjaman wang kepada rakan-rakan atau kenalan rapat.
Definisi hutang ini tidak hanya tertakhluk kepada wang ringgit sahaja, bahkan aset lain seperti kenderaan atau barang-barangan yang dipinjam daripada orang lain juga dikira berhutang.
Berhutang daripada rakan berbanding bank sememangnya lebih mudah, namun ada segelintir individu tidak bertanggungjawab sengaja culas dalam membayar kembali wang yang telah dipinjamkan.
Berjaya tagih hutang lepas kongsi gambar bomoh siam
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu berjaya menuntut hutang daripada rakannya yang meminjam dengan hanya menghantar gambar bomoh siam menerusi aplikasi perbualan WhatsApp.
Menerusi ciapan dan perkongsian tangkap layar di laman Twitter akaun @alanrslee, rakannya itu dikatakan sering mengabaikan mesej yang dihantar untuk menagih hutang.
Jumlah hutang RM9,000 baru bayar RM150 sepanjang 2 tahun
Difahamkan, jumlah hutang yang dipinjam rakannya itu adalah sebanyak RM9,000 dan hanya dibayar RM150 sepanjang tempoh hampir dua tahun.
“Masa kau susah aku, bukan nak ungkit. WhatsApp kena palau, DM (Direct Message) kena palau. Dah habis baik aku minta ini, dah macam mengemis duit sendiri.
“Harap bagi kerjasama. Dua tahun baru bayar RM150, baki RM8,850,” tulisnya di WhatsApp.
Susulan itu, pengguna Twitter itu memaklumkan dia tiada pilihan lain dan terpaksa menggunakan gambar bomoh yang diambil dari Google untuk menuntut wangnya semula.
“Dah tiada pilihan lain, terpaksa guna gambar Google untuk selesaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rakan terus bayar separuh hutang lepas tengok gambar bomoh
Apa yang mengejutkan, taktik yang digunakan olehnya itu berhasil apabila beberapa minit kemudian rakannya itu membalas dan segera membayar separuh daripada hutangnya.
“Waalaikumussalam, bagi nombor akaun tapi hari ini aku dapat bayar RM4,000 dulu. Baki bulan depan boleh ke,” balas rakannya itu.
Dah tak ada pilihan lain terpaksa aku guna gambaq google untuk setelkan pic.twitter.com/GJq1esxQqM
— alan (@alanrslee) July 24, 2023
Perkongsian tersebut tular di media sosial, ramai nak guna taktik yang sama
Perkongsian yang tular itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengguna Twitter turut tertarik untuk menggunakan kaedah yang sama kerana dilihat berhasil dalam menuntut kembali hutang.
Memandangkan Ney sllu ulang alik siam. Nampaknya kena Cari gambar bomoh Siam la. Pastu buat WhatsApp mcm ni.
— N E Y R A (@neyrashazeyra) July 24, 2023
Bagi alamat kawan tu fu. Nak jugak mintak tolong
— pemburu usd (@Usdhunter73) July 25, 2023
Uih..baru bayo 150 from 8k?? Gilalah manusia ni selamba je boleh hidup cool ek.bagus idea ni..pinjam sat🤣
— Specialist sue louuve business 💃 (@SueVmc) July 24, 2023
Netizen kongsi pengalaman rakan culas bayar hutang
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga berkongsi masalah sama dihadapi mereka apabila ada rakan yang masih enggan membayar hutang yang telah dipinjam.
dah remind dekat 2 tahun takkan lah tak simpan pun your acc number😔 menyampah la orang jenis berhutang takde rasa bersalah gini. anyway semoga dapat settle soon
— Nad (♡) (@tsreah) July 24, 2023
Kawan aku cakap la mcmm mana pun tak jalan .. siap block aku .. kata nk bayaq sebelum kawin .. last2 senyap
— Meran Vachirawit 🦁 (@Meranmaximoff) July 24, 2023