fbpx
Now Reading
Awalnya Mencuri, Perompak Akhirnya Jatuh Cinta Selepas Lihat Foto Mangsa Di Telefon

Awalnya Mencuri, Perompak Akhirnya Jatuh Cinta Selepas Lihat Foto Mangsa Di Telefon

Menurut lelaki berkenaan, dia jatuh cinta kepada Emanuela selepas melihat gambar wanita itu dari telefon bimbir yang dicuri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cinta merupakan satu perkara yang diperlukan oleh setiap manusia di dunia ini.

Malah cinta juga merupakan suatu perkara yang sukar untuk diungkapkan bagaimana ia berlaku kerana adakalanya manusia jatuh cinta kepada seseorang tanpa sebab yang munasabah.

Samalah seperti seorang wanita di Brazil ini apabila mendedahkan bahawa dia telah jatuh cinta kepada lelaki yang merompaknya, dan kini mereka menjadi pasangan yang tidak boleh dipisahkan.

Kisah jadi tular di Twitter

Kisah mereka kemudian menjadi tular di Twitter sehingga ia mendapat tontonan lebih 232,000.

“Saya ketika itu sedang berjalan di kawasan lelaki itu tinggal sebelum dirompak,” kata wanita yang dikenali sebagai Emanuela kepada wartawan ketika menceritakan mengenai ‘temu janji pertama’ mereka ketika di sebuah acara media di Brazil lapor New York Post dipetik Jam Press.

Emanuela kemudian menceritakan detik ketika telefon bimbit itu dicuri, namun sebaik sahaja lelaki itu melihat nombor telefon wanita berkenaan dia kemudian menyatakan sebenarnya dia adalah perompak itu.

Malah ia adalah salah satu cara untuk mendapatkan nombor telefon seseorang.

Tak menyesal curi telefon bimbit

Dalam pada itu, teman lelaki wanita berkenaan menyatakan hatinya berubah ketika sedang merompak.

“Saya melalui situasi yang sukar kerana tidak mempunya kekasih. Apabila melihat wajahnya di telefon bimbit saya berkata kepada diri sendiri cantiknya si rambut coklat.

“Anda tidak akan dapat melihat rambut coklat yang cantik seperti ini, dan saya tidak menyesal telah merompaknya,” ujar lelaki itu.

Wartawan turut berseloroh dengan mengatakan ‘jadi awak mencuri telefon bimbitnya baru hatinya’.

Pasangan itu bagaimanapun dilaporkan telah menjalinkan hubungan selama dua tahun meskipun tidak mengetahui bagaimana perasaan ibu bapa wanita berkenaan apabila mempunyai seorang menantu penjenayah.

Kisah mereka itu turut mendapat perhatian di kalangan pengguna Twitter yang mengatakan cinta boleh mengatasi segalanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.