fbpx
Now Reading
Polis Berjaya Tangkap Suspek Curi Buah Kelapa Sawit Guna Myvi

Polis Berjaya Tangkap Suspek Curi Buah Kelapa Sawit Guna Myvi

Kedua-dua lelaki itu dilihat memunggah semula buah kelapa sawit daripada sebuah Perodua Myvi yang digunakan untuk membawa hasil curian itu selepas perbuatan mereka ditangkap oleh perakam video.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah dengan melakukan kerja tidak bermoral seperti meragut dan mencuri.

Tular Video Curi Buah Kelapa Sawit Guna Perodua Myvi

Pada Selasa (26 Disember) yang lalu, tular di media sosial video dua orang lelaki dilihat mencuri beberapa tandan buah kelapa sawit menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Menerusi video berkenaan, perbuatan mereka itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh seorang lelaki yang dipercayai perakam video tersebut.

Kedua-dua lelaki itu dilihat memunggah semula buah kelapa sawit daripada kereta berkenaan yang digunakan untuk membawa hasil curian itu.

Malah, turut kedengaran mereka memohon maaf kepada perakam video terbabit dan memohon agar tidak melaporkannnya kepada pihak polis.

Polis Berjaya Berkas Suspek

Semalam (28 Disember), polis berjaya menahan tiga orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri buah kelapa sawit itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, pihaknya berjaya menangkap tiga orang lelaki tempatan yang masing-masing berusia antara 30 hingga 66 tahun.

Ketika tangkapan dibuat, beberapa tandan buah kelapa sawit dan sebuah kereta yang digunakan turut dirampas.

“Semua tiga tangkapan itu dikenakan tahanan reman selama dua hari sehingga Sabtu ini (30 Disember),” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes Disiasat Dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan

Tambah Ismail, kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Jika individu didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menerusi kenyataan itu juga, Ismail turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat melalui sosial media hingga penjenayah tersebut berjaya diberkas polis.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗦𝗣𝗘𝗞 𝗖𝗨𝗥𝗜 𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗪𝗜𝗧 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦 https://vt.tiktok.com/ZSNtqLgCF/ Sumber…

Posted by Polis Daerah Batu Pahat on Wednesday, 27 December 2023

Baca Artikel Berkaitan: Pura-Pura Nak Beli, Rupanya Mencuri! Pemuda Larikan Rantai Emas Bernilai RM23,000 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Mencuri, ‘Instafamous’ Dijatuhi Hukuman Penjara 1 Hari & Denda RM400

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.