fbpx
Now Reading
Gara-Gara Takut Ditingalkan Isteri, Lelaki Sanggup Curi Motosikal

Gara-Gara Takut Ditingalkan Isteri, Lelaki Sanggup Curi Motosikal

Dakwa Yoyok isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan akan kembali kepadanya jikadia mempunyai motosikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang mempunyai pasangan sudah tentu menyayangi cinta hati mereka.

Malah sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan kasih sayang kepada pasangan sebagai contoh meraikan hari jadi, membantu kerja rumah bagi suami isteri serta banyak lagi.

Namun kata orang apabila mencintai atau menyayangi seseorang perlulah berpada-pada agar tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya demi membuktikan cinta sejati.

Suami sanggup curi motosikal lepas kena ugut dengan isteri

Baru-baru ini, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur, Indonesia telah bertindak mencuri sebuah motosikal milik warga Desa Selok Awar-Awar, Kecamatan Pasirian, Kabupaten Lumajang bersama rakannya selepas takut ditinggalkan isterinya.

Memetik laporan Kompas, lelaki yang dikenali sebagai Yoyok Adi Prasetyo, 37, itu bertindak sedemikian kerana telah diugut akan ditinggalkan oleh isterinya jika tidak mempunyai motosikal.

Tindakan jenayah dirakam CCTV di kampung terbabit

Namun tindakan dia dan rakan mencuri motosikal telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kampung tersebut. Perkara ini disahkan oleh Polis Kesatreskrim Lumajang, AKP Abdul Rokhim.

Menerusi rakaman kelihatan pemilik motosikal berkenaan berlari mengejar suspek namun lelaki berkenaan pergi sambil membawa gitar yang digunakan untuk busking di tepi jalan.

“Suspek awalnya berpura-pura mengayuh basikal sambil membawa gitar, mereka mengelilingi kampung dan kebetulan terdapat sebuah motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan berserta kunci dan mereka kemudian membawa lari kenderaan itu,” ujar Rokhim.

Polis akan buat siasatan berhubung dakwaan diugut isteri

Pihak polis juga memaklumkan akan melakukan siasatan berhubung pengakuan Yoyok yang mendakwa diugut oleh isteri akan ditinggalkan.

Selain itu Yoyok juga mengaku melakukan perbuatan jenayah itu bersama rakannya yang dikenali sebagai Yusuf, 35.

Dakwa isteri ada hubungan sulit dengan lelaki lain

Dakwa Yoyok isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain disebabkan dia tidak mempunyai motor.

“Saya ada masalah dalam keluarga, isteri saya curang sebab saya tak ada motor, kemudian dia beritahu saya yang dia bagi saya tiga hari kalau saya dapat motor yang baik dia akan kembali semula,” katanya.

Yoyok sebelum ini hanya bekerja sambilan sebelum bertindak mencuri motosikal di kampung terbabit.

Yoyok dan rakannya telah meninggalkan basikalnya sebelum membawa lari motosikal berkenaan.

Memetik laporan Lumajang Satu, mereka kemudian disiasat dan mungkin boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.