fbpx
Now Reading
Tak Minat Kerja Hotel, Ada Orang Muda di Langkawi Pilih Untuk Jual Burger

Tak Minat Kerja Hotel, Ada Orang Muda di Langkawi Pilih Untuk Jual Burger

Ini kerana bayaran gaji yang diterima dengan tenaga yang digunakan adalah tidak setimpal dan tidak berbaloi hingga menyebabkan rata-rata mereka memilih untuk bekerja sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila bercakap mengenai kerja atau karier, pastinya setiap individu mempunyai kriteria tertentu dalam membuat pemilihan dan penetapan sesuatu kerja.

Kebiasaannya, kriteria utama yang dititik beratkan adalah dari segi gaji yang ditawarkan serta skop tugas yang perlu dilakukan.

Ada juga individu yang turut menetapkan jarak di antara kediaman dan tempat kerja tidak terlalu jauh agar sebahagian gaji tidak dihabiskan hanya untuk kos ke tempat kerja semata-mata.

Gaji Tidak Setimpal, Pilih Untuk Jual Burger

Begitu juga yang berlaku dengan segelintir orang muda di Langkawi. Ada golongan muda di pulau peranginan itu dikatakan lebih memilih untuk menjual burger berbanding bekerja dalam bidang perhotelan.

Ini kerana bayaran gaji yang diterima dengan tenaga yang digunakan adalah tidak setimpal dan tidak berbaloi hingga menyebabkan rata-rata mereka memilih untuk bekerja sendiri.

Menurut seorang bekas pekerja hotel lima bintang Muhammad Firdaus Yusaini, dia lebih selesa untuk bekerja sendiri dengan menjual burger daripada terus bekerja di hotel.

“Pendapatan yang saya dapat daripada menjual burger tidak jauh berbeza dengan pendapatan semasa saya bekerja sebagai public area attendant.

“Tambahan pula waktu be­kerja adalah lama, jadi kalau hendak bekerja di hotel saya akan pastikan gaji tersebut melebihi jumlah yang saya peroleh dengan meniaga sendiri,” katanya dipetik dari Kosmo.

Perkara ini juga dipersetujui oleh seorang bekas pekerja hotel Khairul Nisak yang turut mempunyai pendapat yang sama.

“Kebanyakan hotel hanya akan membayar lebih sedikit sekiranya pekerja itu mempu­nyai pengalaman kerja hotel, selain kadar gaji juga adalah rendah walaupun jawatan pengurusan.

“Mungkin saya akan keluar dari Langkawi untuk mencari kerja, tak sanggup dah kerja hotel de­ngan waktu kerja yang lama tetapi gaji tidak setimpal,” katanya.

Hotel Terima Jumlah Tetamu Yang Sedikit, Bayar Gaji Ikut Kadar Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan

Menurut Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (Utara) Datuk Azly Rosly, kebanyakan hotel yang bertaraf tiga bintang hanya mampu menawarkan gaji mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Hotel-hotel ini menerima jumlah tetamu yang sedikit menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar gaji lebih kepada pekerja.

“Kalau dahulu, pelancong ramai, jadi hotel-hotel juga penuh dan majikan berani menawarkan gaji yang lebih menarik. Namun, dengan kos sara hidup mening­kat m­enyebabkan tidak ramai orang berminat untuk bekerja di hotel,” katanya.

Untuk info, gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan bagi tahun 2023 adalah pada kadar RM1,500.

Manakala, berdasarkan kepada Buku Panduan Gaji 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM), gaji permulaan bagi pekerja bidang hospitalili dan pelancongan seperti pemandu pelancong dan Penolong Eksekutif Pengemasan adalah bermula dengan kadar RM1,700.

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Tidak Sepadan Dengan Kos Sara Hidup Pada Masa Kini -Penganalisis Ekonomi

Baca Artikel Berkaitan: Hanya RM1,530 Sebulan, Alor Setar Bandar Utama di Malaysia Dengan Kos Sara Hidup Paling Rendah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.