fbpx
Now Reading
Tawar Perkhidmatan Tidak Senonoh, Restoran Di China Diarah Tutup

Tawar Perkhidmatan Tidak Senonoh, Restoran Di China Diarah Tutup

Kebanyakan pelayan restoran berkenaan merupakan lelaki yang tinggi dan berotot, tidak berpakaian serta menari dengan tarian seksi bagi tujuan mengusik pelanggan wanita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya, bagi menarik pelanggan datang ke kedai, kebanyakan kedai makan atau restoran pasti akan menjual menu-menu yang istimewa, unik dan sedap bagi menarik pelanggan menjamu selera di kedai mereka.

Buat peniaga yang kreatif, tidak hanya bergantung semata-mata kepada jualan makanan dan minuman, ada juga perkhidmatan lain yang turut ditawarkan khusus buat pelanggan istimewa.

Antaranya seperti persembahan live band, menghiburkan pelanggan seperti menari ketika menghidangkan makanan atau ganjaran seperti diskaun sempena hari jadi khusus buat pelanggan setia.

Keunikan ini yang membuatkan setengah restoran menerima kunjungan luar biasa daripada pengunjung.

Upah Pelayan Lelaki Berotot, Tawar Perkhidmatan Tidak Bermoral

Namun lain pula yang terjadi dengan sebuah restoran di China. Semata-mata ingin mencipta kelainan, pemilik restoran sanggup mengupah pelayan lelaki yang berotot dan menawarkan perkhidmatan tidak senonoh kepada pelanggan.

Restoran yang dikenali sebagai Restoran Macho mula dibuka kepada orang ramai sejak April yang lalu di lokasi pelancongan Xishuangbanna Dai yang terletak di wilayah Yunnan.

Walau bagaimanapun, restoran ini mula mendapat perhatian ramai dan mengundang kecaman apabila tular di media sosial tempatan video yang memaparkan perkhidmatan tidak senonoh ditawarkan oleh pelayan restoran berkenaan.

Kebanyakan pelayan restoran berkenaan merupakan lelaki yang tinggi dan berotot, tidak berpakaian serta menari dengan tarian seksi bagi tujuan mengusik pelanggan wanita.

Malah, ada pelayan yang turut menyuapkan makanan kepada pelanggan wanita menggunakan mulut mereka serta menawarkan urutan bahu.

Perkhidmatan itu nyata mengundang kecaman daripada rakyat tempatan kerana terdapat pelanggan yang terdiri dari kanak-kanak turut hadir ke restoran itu.

Foto: South China Morning Post via The Paper

Perniagaan Tidak Berjalan Dengan Baik, Ambil Inisiatif Upah Lelaki Berotot

Menurut seorang kakitangan restoran tersebut, oleh kerana perniagaan tidak berjalan dengan baik, maka pihak restoran mengambil inisiatif mengupah lelaki berotot dan seksi sebagai pelayan untuk beraksi.

“Pada awalnya hanya ada enam orang yang melakukan persembahan. Namun, apabila pelanggan merakam dan mengongsikan video di media sosial, kami melihat ia sebagai peluang untuk mempromosikan restoran,” kata pekerja restoran berkenaan yang dipetik dari Beijing Youth Daily.

Foto: South China Morning Post via The Paper

Restoran Didenda dan Di Arah Tutup

Namun begitu, pada 26 Julai yang lalu, pihak berkuasa tempatan memaklumkan bahawa restoran itu melanggar etika sosial dan mencemarkan tradisi budaya kawasan berkenaan.

Ekoran daripada itu, restoran tersebut diarahkan menghentikan operasi serta wang sebanyak 10,664 Yuan (anggaran kira-kira RM6,753) dirampas hasil daripada pendapatan haram yang diperolehi. Pemilik restoran berkenaan turut didenda 10 kali ganda daripada jumlah pendapatan yang dirampas.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.