fbpx
Now Reading
Suami Sanggup Jadi ‘Bapa Ayam’ Jual Isteri Sendiri Demi Wang

Suami Sanggup Jadi ‘Bapa Ayam’ Jual Isteri Sendiri Demi Wang

Menurut polis di Indonesia, wanita itu mengikut kehendak suaminya untuk menjual diri disebabkan kesempitan hidup mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan kesempitan hidup adakalanya memaksa seseorang untuk melakukan pelbagai perkara asalkan mempunyai wang.

Malah ada yang sanggup melakukan perkara yang tidak baik seperti mencuri, melakukan kegiatan haram dan sebagainya semata-mata kerana duit.

Meskipun tahu kegiatan yang dilakukan adalah salah dan menyalahi undang-undang namun pekara itu tetap dilakukan dengan alasan untuk kelangsungan hidup.

Lelaki sanggup jual isteri kerana kesempitan hidup

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki di Indonesia yang berusia 26 tahun apabila tergamak menjual isterinya kerana memerlukan wang di Kabupaten Jayapura.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Jayapura, Fredrickus WA Maclarimboen serta Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jayapura iaitu Sugarda AB Trenggono selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan pelacuran terbabit di sebuah hotel di Sentani.

Namun apa yang lebih mengejutkan pekerja seks di hotel berkenaan adalah isteri kepada lelaki tersebut yang menjadi ‘bapa ayam’.

Awalnya nak buka perniagaan tawar perkhidmatan telefon bimbit

Jelas pihak polis, awalnya pasangan itu datang ke Sentani, Kabupaten Jayapura dari Sorong untuk membuka perniagaan yang menawarkan servis telefon bimbit sejak 7 Jun lalu.

Tetapi niat itu tidak diteruskan dan suami kepada wanita berkenaan memintanya untuk menjual diri.

“Mangsa kemudian dengan rela hati mengikut kehendak suami disebabkan kesempitan hidup,” ujarnya lapor Kompas.

Pasangan kemudian ditahan polis

Menerusi laporan yang diterima, Fredrickus memaklumkan pihaknya melakukan siasatan berhubung kes tersebut selain turut menahan pasangan terbabit pada 8 Julai lalu di hotel berkenaan.

“Daripada hasil tangkapan, kita berjaya mendapatkan bukti satu unit telefon bimbit serta kondom,” jelasnya lagi.

Kes disiasat di bawah Pasal 12 Undang-Undang RI nombor 12 Tahun 2022 disebabkan Kekerasan Seksual serta Pasal 2 Undang-Undang RI nombor 21 Tahun 2007 iaitu Perdagangan manusia yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.