fbpx
Now Reading
‘Boleh Jadi Pelapis Aina Abdul’ – Aksi Si Cilik Peraga Pakaian Guna Bahan Kitar Semula Jadi Perhatian [Video]

‘Boleh Jadi Pelapis Aina Abdul’ – Aksi Si Cilik Peraga Pakaian Guna Bahan Kitar Semula Jadi Perhatian [Video]

Kebanyakan baju yang diperagakan adalah hasil daripada bahan kitar semula seperti plastik, tin, kertas dan kotak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seiring dengan peredaran zaman, banyak perkara yang telah melalui perubahan termasuklah kaedah pembelajaran dan pengajaran terutamanya di peringkat prasekolah.

Kalau dilihat lebih sepuluh tahun yang lalu, sesi pembelajaran dan pengajaran di peringkat ini hanyalah terhad untuk mengenali huruf, nombor dan melukis.

Kini, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang lebih kreatif bagi menyerlahkan lagi bakat dan kemahiran mereka dari kecil selain sebagai persediaan tambahan sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah.

Pelajar Pamer Fesyen Guna Bahan Kitar Semula

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Tik Tok @amandaaish_, kelihatan beberapa pelajar prasekolah dilihat sedang menggayakan fesyen yang unik dan kreatif.

Kebanyakan baju yang diperagakan adalah hasil daripada bahan kitar semula seperti plastik, tin, kertas dan kotak. Pelbagai gaya fesyen dapat dilihat antaranya seperti baju gaun yang dibuat daripada plastik.

Namun yang lebih menarik perhatian dan dianggap fesyen yang paling kreatif dan unik adalah gaya burung dan anak ayam yang baru menetas.

“Geram aih yang burung tu,” tulis pemilik video berkenaan.

Difahamkan, pertunjukan fesyen itu merupakan satu pertandingan yang melibatkan kanak-kanak prasekolah di Johor Jaya, Johor Bahru.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji fesyen diperagakan oleh si cilik yang rata-ratanya disifatkan sebagai unik dan kreatif.

Malah, ada di antara mereka yang mengagumi usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh guru, ibu bapa serta pihak yang terlibat dalam pertunjukan fesyen ini.

Comel, Boleh Jadi Pelapis Aina Abdul Ni

Bagi Aku, Semua Lawa Weh, Mak Ayah Diorang Idea Bergeliga, Kreatif

Pandainya Depa Reka, Kalau Aku…

Semua Pelik-Pelik, Kreatif & Ada Daya Tarikan Tersendiri

Baca Artikel Berkaitan: Busana Guna Rambut Sebenar, Aina Abdul Akui Mahu Tampil Dengan Kelainan

Baca Artikel Berkaitan: Kreativiti Untuk Kelestarian: Anak Muda Malaysia Sebagai Pencetus Perubahan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.