fbpx
Now Reading
‘Oyen Elmina’ Telah Pergi Selamanya

‘Oyen Elmina’ Telah Pergi Selamanya

Menurut Doktor Zulerwan, Oyen meninggalkan semua akibat virus Feline Ilimmunodeficiency virus (FIV) atau dikenali sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) kucing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 18 Ogos yang lalu nyata mengejutkan semua pihak.

Nahas tersebut telah mengorbankan 10 orang mangsa yang terdiri daripada lapan orang krew dan penumpang pesawat serta dua orang yang terdiri daripada orang awam.

Siapa sangka, nahas itu turut mendatangkan kecederaan kepada seekor kucing yang dikenali sebagai Oyen. Haiwan comel berkenaan dipercayai berada di lokasi kejadian dan cedera kesan daripada nahas pesawat tersebut.

Kucing tersebut telah diselamatkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dirawat disebuah klinik veterinar akibat kecederaan yang dialami.

Doktor Rawat Oyen Lapor Oyen Telah Tiada

Namun, semalam (29 Ogos), doktor veterinar yang merawat Oyen, Doktor Zulerwan telah mengumumkan berita sedih buat rakyat Malaysia.

Haiwan comel itu dilaporkan telah pergi buat selamanya akibat positif virus Feline Ilimmunodeficiency virus (FIV). Pengumuman itu dibuat oleh Zulerwan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, @zulerwan.

“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini.

“Oyen yang didapati positif untuk virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV) atau dikenali sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) kucing, membuatkan sistem imun badan Oyen terganggu,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Akibat daripada komplikasi luka yang dialami oleh haiwan tersebut, ia turut menyebabkan jangkitan kuman merebak dengan lebih cepat.

Menurut Zulerwan, rawatan sebaiknya telah diberikan kepada haiwan itu namun Oyen dikatakan mulai lemah dan tidak dapat bertahan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Terdahulu, Zulerwan menerusi Instagram miliknya melaporkan bahawa Oyen berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan bagi memulihkan kecederaan yang dialami.

Malah, haiwan comel itu turut menerima kunjungan daripada pasukan penyelamatnya yang terdiri daripada pasukan ambulan KKM.

Baca Artikel Berkaitan: “Adik Sayang Mama Sangat-sangat” – Ibu Sebak Kenang Ayat Terakhir Juruterbang

Baca Artikel Berkaitan: Pilot Kongsi Rasa Sedih Saat Terbang Lintasi Elmina Sebelum Mendarat Di Airport Subang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.