“Kau Yang Main Cilok” – Kemalangan RX-Z & Axia Gara-gara Tak Bagi ‘Signal’ Cetus Perdebatan [Video]
Di dalam video tersebut, penunggang motosikal Yamaha RX-Z itu kelihatan seperti ingin menyalahkan pemandu kereta kerana menukar lorong tanpa memberi ‘signal’ terlebih dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di Malaysia, jumlah kemalangan melibatkan motosikal di lebuh raya adalah lebih tinggi berbanding kenderaan lain.
Berdasarkan rekod, lebih 60% kadar kematian akibat kemalangan di Lebuhraya PLUS disumbangkan penunggang motosikal, menurut bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Tidak dinafikan, antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan ini adalah disebabkan oleh sikap penunggang motosikal itu sendiri yang menunggang secara berbahaya.
Tular rakaman motosikal terlibat kemalangan raih perhatian ramai
Seperti baru-baru ini, satu video yang memaparkan sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan di sebuah lebuh raya telah tular di media sosial sekaligus mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video yang sohor di media sosial, kelihatan kemalangan itu berlaku selepas motosikal jenis Yamaha RX-Z berkenaan merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan lain di lebuh raya tersebut.
Penunggang RZ-X tunggang secara laju sambil mencilok sebelum rempuh kereta
Penunggang Yamaha RX-Z itu dipercayai menunggang motosikal secara laju sambil mencilok sebelum merempuh kereta jenis Perodua Axia yang menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat.
Di dalam video tersebut yang dikongsikan di akaun Twitter (X) @mynewshub, penunggang terbabit kelihatan seperti ingin menyalahkan pemandu Axia itu kerana menukar lorong tanpa memberi ‘signal’ terlebih dahulu.
Menerusi semakan kami, video tersebut turut dimuat naik di laman Facebook dan juga TikTok.
Nak salahkan siapa…..lepas ni berhati-hati la lebih sikit…. pic.twitter.com/zmsXRAUxwY
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 28, 2023
Netizen kecam penunggang motosikal tersebut
Bagaimanapun, siapa sangka rata-rata pengguna media sosial pula mengecam penunggang motosikal itu kerana menunggang secara berbahaya.
Tidak hanya itu, mereka juga mengatakan tindakan penunggang RX-Z itu yang memotong dari bahagian kiri juga merupakan satu kesalahan.
Kalau bagi signal, makin laju engko pecut bang. Package hon hon lagi
— Fatin Najwa (@ftnjwa) August 28, 2023
Nak tukar laluan pun dia sebagai motor kena bagi signal elok2. Bukan main cilok2 macam tu.
— Nabil Jaeger (@afi_auditore) August 28, 2023
Dia pandu motor di laluan tengah, belakang kereta putih. Benda itu kira titik buta untuk pemandu kereta.
Banyak perangai penunggang motor macam ini
Sejujurnya ini memang tindakan bodoh. Rata-rata komen di tiktok menyalahkan kereta tersebut.
— CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) August 28, 2023
Tukar lorong tanpa memberikan signal.
Namun begitu, menunggang motosikal melebihi had laju juga salah.
Kata hobi kami mahal, test top speed anda di atas trek☺️
Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang menyelar tindakan pemandu Axia berkenaan kerana tidak memberikan ‘signal’ semasa ingin mengubah haluan.