fbpx
Now Reading
Tular Sekumpulan Penunggang Basikal Dirempuh Kereta Semasa Berbasikal Di Jalan Raya [video]

Tular Sekumpulan Penunggang Basikal Dirempuh Kereta Semasa Berbasikal Di Jalan Raya [video]

Rakaman dashcam dari dalam kereta tersebut telah sohor di media sosial sekaligus mencetuskan perdebatan ramai mengenai insiden terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti berbasikal merupakan antara sukan yang paling banyak diminati oleh rakyat Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Selain daripada menyeronokan, sukan berbasikal mempunyai pelbagai kebaikan seperti dapat membakar kalori, baik untuk kesihatan sendi, baik untuk jantung dan banyak lagi.

Pun begitu, tidak dinafikan ia juga mampu mendatangkan keburukan sekiranya para penunggang basikal tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan ataupun menjadi mangsa pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.

Tular ‘dashcam’ penunggang basikal dirempuh kereta

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan beberapa penunggang basikal yang dirempuh kereta semasa sedang berbasikal di sebuah kawasan jalan raya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter (X) akaun @mynewshub, kelihatan sekumpulan pengayuh basikal sedang berbasikal di atas jalan raya.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebuah kenderaan dari arah belakang dipercayai tidak sempat mengelak dan merempuh dua orang penunggang basikal terbabit.

Rakaman dashcam dari dalam kereta tersebut telah sohor di media sosial sekaligus mencetuskan perdebatan ramai mengenai insiden terbabit.

Netizen kecam penunggang basikal kerana berbasikal di tengah jalan raya

Kebanyakan pengguna Twitter mengecam tindakan sekumpulan penunggang basikal itu kerana berbasikal di kawasan jalan yang tidak sepatutnya.

Malah, mereka juga berpendapat keutamaan di atas jalan raya seharusnya diberikan kepada kenderaan lain yang membayar cukai jalan dan bukannya basikal.

Bagaimanapun, segelintir netizen pula mengecam pemandu kereta terbabit kerana tidak mengelak atau berhenti daripada merempuh penunggang basikal itu.

Sebahagian warganet pula dilihat bersikap adil dengan menyalahkan kedua-dua pihak di dalam insiden itu.

Berbasikal di lebuh raya dilarang jika tanpa kebenaran LLM

Sekadar info, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang secara melulu serta boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Selain itu, jika penunggang basikal gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000.

Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula membolehkan basikal disita jika didapati melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.