fbpx
Now Reading
Anggota Rela Rebah Ketika Perbarisan Di Negeri Sembilan Sebelum Disahkan Meninggal Dunia [Video]

Anggota Rela Rebah Ketika Perbarisan Di Negeri Sembilan Sebelum Disahkan Meninggal Dunia [Video]

Menurut PDRM, tiada sebarang unsur jenayah dikesan ketika pemeriksaan pada tubuh badan anggota RELA berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui 31 Ogos merupakan detik yang bersejarah buat Malaysia kerana ia adalah tarikh negara ini melaungkan kemerdekaan selepas dijajah bertahun-tahun.

Oleh itu, setiap kali tibanya tarikh tersebut semua rakyat tidak akan melepaskan peluang untuk meraikannya demi menghargai jasa wira yang telah berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Anggota RELA rebah ketika perbarisan di Negeri Sembilan berlangsung

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang rebah semasa perbarisan ketika sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan.

Menerusi video dikongsikan oleh @izaya_hidaarfah yang dipercayai menjadi penonton sambutan itu kelihatan anggota RELA yang mengetuai perbarisan terbabit rebah ketika lalu di hadapan penonton.

Kelihatan anggota lain cuba membantu namun terpaksa meneruskan perbarisan

Keadaan menjadi sedikit kelam-kabut kerana kelihatan anggota yang berada dalam perbarisan berkenaan cuba untuk membantu namun dalam masa perlu meneruskan perbarisan mereka.

Walau bagaimanapun, beberapa saat selepas itu kelihatan beberapa anggota RELA dan polis datang untuk membantu dan cuba mengawal keadaaan semasa sambutan itu berlangsung.

Dia kemudian dialihkan kebahagaian tepi, Izaya menjelaskan itu merupakan kenangan yang tidak dapat dilupainya ketika melihat perarakan merdeka.

@izaya_hidaarfah

kenangan xblh lupa g perarakan merdeka kt Seremban,terakam plak saat² pakcik RELA n rebah..Allah..dgr² kata meninggal dunia..Al Fatihah buat pakcik,dan Takziah utk seluruh ahli keluarga

♬ original sound – IZAYA_HIDA FAMS

Dikejarkan ke HTJ sebelum disahkan meninggal dunia

Anggota RELA yang dikenali sebagai Muhammad Noh Muhammad Isa itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 10 pagi kerana serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Seremban, Arifai Tarawe memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung kes kematian anggota RELA itu di Jabatan Kecemasan HTJ pada pukul 12.25 tengah hari, semalam (31 Ogos).

“Siasatan awal mendapati si mati adalah anggota RELA berusia 53 tahun telah jatuh dan tidak sedarkan diri semasa perbarisan lintas hormat di Dataran Seremban, sekitar jam 10 pagi tadi.

“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan ketika pemeriksaan pada tubuh badan si mati.

“Bedah siasat dibuat dan bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh masalah jantung ‘Coronary Artery Occlusion,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Kes kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ramai sedih sifatkan arwah seorang yang suka membantu

Perkongsian video itu turut mengundang perhatian ramai. Malah ada yang turut bersedih selain memuji allahyarham kerana banyak membantu orang lain.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Ni video paling jelas… Semoga Allah tempatkan arwah bersama kekasihNya amin”

“Depan mata jadinya, sedih sangat. Arwah orang yang baik suami cakap, sebab suami kerja dekat wisma persekutuan selalu jumpa arwah”

“Al-fatihah.. arwah dulu jaga sekolah saya. Baik orangnya, selalu pinjamkan telefon untuk hubungi ayah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.